Wednesday, January 20, 2016

Masalah nak menampal road tax kereta

Setiap tahun bila tiba masa untuk tukar road tax baru. Mesti ada masalah macam nie. Dah la road tax tu tampal direct ke cermin kereta. Bila hendak menganggalnya, masalah betul. Kena ambil masa agak lama juga la untuk menanggal dan membersihkan kesan gam di cermin tu. Bengong betul la sapa punya idea yang cadangkan pada JPJ untuk guna road tax macam nie. Tak inovatif langsung dan menyusahkan betul la. Ramai blogger yang highlight issue nie. Tapi, seumpama anjing menyalak bukit. Bukannya dema ambil peduli pun... Tau kutip cukai jerk...

Road Tax koyak

Gambar ehsan dari blogger firestartingautomobil.

Blogger +sweethOneY admin Sweathoney86 ada kongsi cerita pasal road tax nie... Masa tahun 2014 hari tu, ada terbaca dari portal Sayang Sabah bagi tau JPJ sedia untuk kaji semula qualiti road tax tu. 2016 sudah... masih macam tu jer... Tak ada apa yang berubah pun...

Nasib baiklah ada inisiatif dari pihak Allianz memberikan Road Tax Holder kepada pelanggan mereka. Nak harapkan pihak JPJ, simpai bila pun tak tau la bila mereka nak tukar road tax versi yang menyusahkan orang ramai nie.

Road Tax Holder Allianz

Road Tax Holder Allianz

Dengan Road Tax Holder nie, lagi mudah untuk menampal dan menanggalkan road tax. Biasanya road tax yang ditampal terus ke cermin akan lama kelamaan menggulung di bahagian tepinya. Tapi, dengan mengunakan Road Tax Holder nie... Tiada lagi masalah menggulung nie... Ini barulah inovatif.

Road Tax Holder Allianz

Taraaa... sudah siap... kejap jer pasang... Alhamdulillah.. selesai sudah... Terima kasih Allianz atas road tax holder percuma nie... Next year renew road tax dengan Allianz juga.

4 comments :

  1. Mudah ada benda ni. tak perlu nak bersusah-susah nak menampalnya lagi.

    ReplyDelete
  2. semoga JPJ upgrade road tax tu supaya senang nak tampal n x menggulung ...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...