Thursday, February 5, 2015

Petua : Untuk menurunkan berat badan

Masalah berat badan. Isu nie sangat sensitif terutama pada golongan wanita. Di pejabat teman, ada beberapa kenalan wanita menyimpan penimbang berat badan digital dan mereka nie menimbang berat badan setiap hari. Kalau penurunan, pasti akan ada sorakkan gembira. Kalau ada kenaikan, pasti kedengaran "esok nak diet la".


Ada juga di antara mereka nie cemburu dengan teman. Maklumlah, makan banyak mana pun, badan tak naik-naik. Tetap maintain slim je :d


Gambar ehsan Google.

Ok, entry kali nie teman nak kongsikan satu petua yang boleh dijadikan amalan untuk menurunkan berat badan. Caranya mudah saja. Dapatkan teh cina. Buatkan air teh cina tanpa gula. Kemudian campurkan dengan perahan air limau nipis. Minum dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Jadikan petua ini amalan seharian. Untuk pengetahuan, teh cina nie kaya dengan anti oksidan.

Gambar ehsan Google.

Selamat mencuba ye. Kalau ada sesiapa yang mengamalkan petua, sudi-sudikan lah kongsikan pengalaman kome tu kat sini.

*teman kalau order jus buah, lebih gemarkan apple asam boi, jus oren dan air limau nipis. Paling tidak pun lemon tea saja... :d

2 comments :

  1. patut laa kurusssss..minum air buah limau jek..tp orang gastrik hati2 dgn petua2 camni sbb limau mengandungi asid yg tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... betul tu... Orang gastrik tak boleh biarkan perut kosong... dan boleh buat petua nie...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...