Thursday, February 26, 2015

Petua : Memilih buah tembikai

Macam mana nak memilih buah tembikai yang manis? Makan buah tembikai memang sedap. Lagi best bila makan tembikai ketika cuaca panas. Orang Kelantan pula, panggil buah tembikai nie buah timun. Macam conflict je dengan buah timun yang selalu orang buat ulam tu... hehehehe... apa pun itu lah indahnya masyarakat pelbagai dialek atau loghat nie.


Gambar ehsan Google.

Ok, berbalik pada cara macam mana nak pilih buah tembikai yang manis. Caranya macam nie;
  1. Mula-mula, pilih buah tembikai yang berkulit licin dan seakan berkilat.
  2. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke kekuningan.
  3. Pilih buah tembikai yang berat berbanding saiznya.
  4. Tepuk buah tembikai itu dengan tapak tangan. Jika ia berbunyai seakan kosong, maka ia sudah benar-benar masak dan manis.
  5. Jika buah tembikai itu sudah dibelah, boleh di lihat pada warnanya. Pilih buah tembikai yang merah berseri dan tidak pucat warnanya.
  6. Bijinya pula perang ke hitaman dan keras, bukan putih atau lisut (pipih).
Buat jus tembikai pun sodap.

Selamat mencuba petua nie ye.

2 comments :

  1. Boleh guna cara ni bila nak beli tembikai nanti.

    ReplyDelete
  2. saya sampai laa tak pandai pilih tembikai..anyway tq for sharing yer..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...