Tuesday, November 4, 2014

Pam tandas rosak

Macam mana nak baiki pam tandas yang rosak? Kalau kome ada masalah macam nie, agak-agaknya apa yang kome akan buat? Takkanlah nak biarkan saja, nanti membazir air pula dan dah tentu bil air akan meningkat. Kalau nak ditutup dan buka punca air, macam menyusahkan pula. Jalan yang paling mudah, ialah dengan membaiki kerosakan tersebut. Macam mana nak baiki, kome boleh pilih sama ada nak panggil tukang paip untuk membaikinya atau pun baikinya sendiri.


Tandas

Kalau panggil tukang paip, paling kurang kome akan dikenakan RM100 untuk upah dan alat ganti. Kali ini, teman nak kongsikan macam mana nak baiki pam tandas jenis duduk.


Pam tandas

Perkara pertama sebelum mula membaiki ialah dengan mencari alat gantinya. Alat ganti boleh di dapati di kedai hardware. Harganya dalam RM2+.++ je. Yang ini jenis biasa saja. Untuk membaiki kerosakan pam tandas nie, teman dapatkan alat ganti di kedai menjual peralatan bilik mandi. Teman dapatkan alat ganti dari jenis yang elok. Harganya dalam RM50 dari jenis Roy. Entah jenis pam apa nie pun teman tak tahu lah... Apa yang teman tahu,  tokeh tu yang rekemen jenama nie. Lagi pun hanya jenama nie jer yang di jual di kedai tu. Dia kata, nie je stock yang ada. Tinggal satu jer pun. Tokeh tu kata lagi, ramai yang telah beli pam nie. Teman hanya mengiyakan je lah kata-kata tokeh tu.

Ok, next kome kena ada tool. Apa jenis tool yang perlu kome ada? Tool yang penting ialah spana boleh laras dan gergaji besi atau pisau.


Adjustable Spana

Langkah pertama. Tutup punca air yang masuk,  ke dalam tangki. Kemudian buka penutup tangki tersebut. Lepas itu, tanggalkan saluran air masuk ke tangki.


Pam tandas

Ini lah pam tandas yang rosak tu. Actually, pam tak lah rosak. Cuma seal dekat tapak bawah tu dah keras dan menyebabkan air dalam tangki nie meleleh keluar. Kalau di biarkan, mau naik bil air setiap bulan.


Pam tandas rosak

Selepas itu, tanggalkan skru pengikat tangki di dinding dan juga di body tandas itu. Selepas semua skru pengikat tangki itu di buka, angkat tangki seramik itu dengan berhati-hati dan letakkan di atas lantai. Terlangkup kan tangki tersebut untuk membuang baki air yang tinggal. Ok, selepas itu tanggalkan pelampung untuk memudahkan kerja-kerja menukar pam tersebut. Untuk menanggalkan pam, buka pengikat utamanya yang terletak di bahagian bawah (luar).


Tandas duduk

Tangki air

Tangki air

Nie pam yang rosak tu. Kalau nak repair... mungkin boleh... tapi kena ambil masa sket... nak kena cari bahan getah yang sesuai... Silap hari bulan bocor balik... Kiranya kalau nak repair pam nie macam try and error lah... Kos nya pula, mungkin sama je kalau gantikan dengan pam baru...

Pam air tandas

Selepas pam yang rosak itu ditanggalkan, boleh mulakan pemasangan pam baru. Kemudian, pasang punat tekan pam di penutup tangki. Laraskan ketinggian punat tekan pam dengan memotong spillway paip slit yang tidak diperlukan seperti di dalam gambar yang teman kongsikan di bawah nie. Punat tekan pam boleh di laras dengan adjusting skru.

Adjustable skru


Pam air tandas

Pam air tandas

Ok, sudah siap pasang... adjustable skru masih lagi tak di pasang... Nie baru pasang pam saja... Selepas ini, tangki air ini boleh lah di pasang semula pada tempatnya.



Selepas tangki air ini siap di pasang pada tempatnya, masukkan air untuk memastikan tiada kebocoran dan segalanya berfungsi dengan baik.


Tutup semula penutup tangki. Dah siap. Senang saja kan. Bukannya susah pun. Tak sampai satu jam pun teman mengodek-godek benda nie...

Tandas duduk

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. So, rajin-rajin la yer... Ringan-ringan tangan kome tu membuat sendiri atau membaiki sendiri kerosakkan di rumah. Selain dari menjimatkan duit, kome juga boleh asah skill kretiviti kome tuh... tak gitu... :d

1 comment :

  1. kalo panggil maintainance, masih percuma.. takpe...heeee~

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...