Thursday, November 27, 2014

Petua : Untuk memutih dan menguatkan gigi

Gigi amat penting dalam penampilan seseorang. Gigi putih, bersih dan kuat menjadi pemanis dalam setiap senyuman. Macam mana nak jadikan gigi supaya sentiasa putih, bersih dan kuat. Mestilah perlu gosok setiap hari. Sebelum ini, teman ada kongsikan petua untuk penjagaan gigi. Klik disini untuk membacanya.


Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie teman akan kongsikan satu lagi petua berkenaan penjagaan gigi supaya sentiasa putih dan bersih.


Gambar ehsan Google.

Mula-mula dapatkan sepotong halia dan satu sudu garam kasar. Kedua-dua bahan ini hendaklah di tumbuk sehingga halus. Untuk mengunakannya, tambahkan sedikit air dan bancuh sehingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas mengosok gigi sebelum dan selepas bangun tidur.

Amalkannya setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

1 comment :

  1. bagus petua utk putih , kuat , wangikan gigi serta mulut... tq Izni...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...