Thursday, August 7, 2014

Petua : Kurangkan lalat di ruang makan atau ruang dapur

Macam mana nak halau lalat? Time-time musim raya nie, mesti ramai yang merancang nak membuat rumah terbuka. Bila sebut pasal rumah terbuka, mesti terbayang juadah yang tuan rumah sediakan. Bila banyak juadah di meja, pasti ada tetamu yang tak di undang turut datang sekali. Siapakah tetamu yang tak di undang tu? Haaa... nie sang LALAT. Lalat nie serangga yang pengotor. Semua tempat akan dia hinggap terutama sekali di tempat yang kotor. Jadi, teman tak nak lah sang LALAT nie menganggu persiapan rumah terbuka kome tu.

Lalat rumah



Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan macam mana nak halau sang LALAT nie dari menghigapi makanan yang terhidang di meja tu. Tak lah susah sangat pun. Bahan-bahan yang di perlukan banyak di dapur tu.

Kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

Gambar ehsan Google.

Sediakan satu uncang yang diisi dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih didalamnya. Kemudian letakkan di meja makan tu. Insyaallah, dengan petua nie dapat menghalau lalat dari menghampiri meja makan tu.

Mudahkan. Ok, selamat mencuba. Kalau buat open house tu, invite lah teman sekali :d

Klik disini untuk membaca beberapa petua lagi untuk menghalau lalat.

2 comments :

  1. kalau kawasan yang besar pun boleh jugak ke?

    ReplyDelete
  2. mungkin deria bau lalat tu tak tahan ngan bau-bauan nie kot...nice tips bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...