Thursday, March 27, 2014

Petua : Untuk menghalau lalat

Kome ada masalah dengan lalat tak? Macam mana nak menghalau lalat nie? Dulu teman pernah singgah di satu kedai makan di sekitar Segari, Perak. Saja singgah lah. Perghh... tengok-tengok banyak betul lalat. Kat merata-rata penuh lalat. Sampaikan orang yang makan kat situ semuanya di hurung lalat. Di jendela pun penuh lalat. Bak kata, di sana-sini penuh lalat berterbangan. Bila teman tengok lalat, semuanya sihat-sihat belaka. Maklumlah, lalat tu besor-besor belaka. Terus tak jadi singgah makan.

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry nie teman akan kongsikan beberapa petua sebagai pilihan untuk menghalau lalat nie. Kome pilih lah yang mana bersesuaian dan mudah untuk mendapatkan bahan petua nie.



Gambar ehsan blogger Engineer Muslimah.

Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.


Gambar ehsan blogger OldTrafford.

Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.


Gambar ehsan blogger Pyejal.

Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda.

Gambar ehsan Google.

Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Gambar ehsan Google.

Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.



2 comments :

  1. serius..boleh bukukan segala petua dari blog ini ..... :)

    ReplyDelete
  2. daun kari tu pernah try
    memang berkesan

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...