Wednesday, August 21, 2013

Tips untuk kenaikkan pangkat dan interview

Macam mana nak naik pangkat? Haa... nie laa satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran para pekerja. Baik di pihak kakitangan kerajaan atau pun yang berkerja dengan pihak swasta. Kalau duduk ditempat yang sama saja dari masuk kerja hinggalah saat dipencenkan pun boring jugakkan. Atau pun mungkin ada yang bercadang untuk menukar kerjaya, boleh la cuba tips ini.

Ok, teman akan kongsikan satu tips bagaimana penilaian untuk kenaikkan pangkat dibuat. Kriteria ini hanya terpakai pada peringkat pengurusan pertengahan. Tetapi working level pun boleh juga diguna pakai. Cuma peratusannya mungkin akan berbeza sedikit.

Kriteria yang diambil kira dan dinilai adalah seperti berikut;


  • Networking
Networking disini lebih merujuk kepada personal networking. Dengan kata lain, personal networking adalah satu rangkaian peribadi, bagaimana individu tersebut dikenali oleh individu yang lain dan dengan siapa individu tersebut akan berinteraksi dengan individu yang lain dalam menyokong aktiviti berkonsep bekerja dalam satu kumpulan.
Rangkaian peribadi ini adalah bertujuan untuk menjadi lebih bermanfaat bersama-memperluaskan konsep kerja berpasukan. Rangkaian peribadi sering di galakkan oleh pertubuhan-pertubuhan besar, dengan harapan untuk meningkatkan produktiviti, dan sebagainya

Dalam penilaian untuk kenaikkan pangkat 80% adalah berdasarkan networking.


  • Image

Image disini merujuk kepada self image atau pun penampilan individu tersebut. Image disini adalah rupa, solekan, rambut dan cara berpakaian serta raut wajah individu. Tidak kira siapa anda atau apa yang anda lakukan, cara anda berpakaian dan penampilan diri anda mempunyai kesan yang besar kepada kejayaan anda. Apabila anda penampilkan imej yang berkeyakinan, anda lebih cenderung untuk berjaya dalam hubungan perniagaan dan sosial.

Dalam konteks penilaian kenaikan pangkat, 10% adalah dari penilaian image.




  • Performance

Performance yang dinilai disini adalah pencapaian individu dalam kerjayanya. Performance yang diambil kira adalah 3 tahun kebelakang pencapaian kerjaya individu tersebut.




Dalam konteks kenaikkan pangkat 10% adalah berdasarkan kriteria Performance.


Gambar ehsan Google

3 comments :

  1. Izni, boleh jadi pakar motivasi kot.. ade je tips2 yg bagus.. belum masuk pehtua lagik, heeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe... entah la, sy nie tak dek bakat nak terjun dalam bidang tu... nie pun share based on experience saya jer...

      Delete
  2. tq for sharing this useful tips bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...