Thursday, February 21, 2013

Petua : Hilangkan gatal-gatal peluh

Berpeluh tandanya sihat. Tapi kalau berpeluh tanpa melakukan apa-apa aktiviti berat pun masalah juga. Mungkin ada masalah lain dan lebih baik lah membuat pemeriksaan lanjut dengan mereka yang pakar. Kali nie, teman nak kongsikan masalah peluh pada anak-anak kecil kita. Normal lah kan, anak-anak kecil nie sangat aktif dan bila terlalu aktif mereka akan berpeluh. Bila anak-anak kecil kita nie berpeluh, mula lah mereka tidak selesa. Tergaru-garu sana sini. Petua yang teman nak kongsikan bersama hari ini adalah untuk anak-anak kecil kita nie. Orang dewasa pun boleh guna juga petua nie. Tak ada masalah pun.

Jangan susah hati, caranya mudah sahaja. Kome perlu cari cekur. Tak tahu cekur tu apa benda. Cekur atau Ginger Sand tu ialah sejenis tumbuh-tubuhan herba yang mempunyai ubi dibawahnya. Nama saintifiknya ialah Kaempferia galanga Linn. Dibawah nie teman kongsikan bagaimana rupanya pokok Cekur nie.





Gambar dari portal web Delicious Food In Malaysia

Ambil ubinya, bersihkannya dan kemudian kupas kulitnya. Selepas itu, parut cekur tersebut. Ambil hasil parut ini dan sapukan pada bahagian tubuh yang gatal.

Insyaallah, kegatalan ini akan hilang tak lama nanti. Selamat Mencuba!

2 comments :

  1. buat ulam sedap...dah folowww...tq bg pinjam gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... boleh dibuat ulam ke cekur nie...??? Teman nie baru tau laa...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...