Suatu hari satu pertempuran telah
berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak
berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat
pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas
masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul
membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru
mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu,
mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman.
Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar
membaham mangsanya.
Dengan keberaniannya itu, dia telah
menjadi buah mulut ketika itu. Tidak seorang pun di antara kita yang dapat
menandingi kehebatan Qotzman, kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan
itu, Rasulullah pun menjawab, Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk
neraka. Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana
seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk
dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar
jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya
dengan ceritanya, lantas baginda berkata, Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke
medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam
oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan
pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya.
Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya. Dia melakukan
perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari
luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya,
tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang
menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya
sebagai penduduk neraka. Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati,
Qotzman ada mengatakan, katanya, Demi Allah aku berperang bukan kerana agama
tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan
oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku.
Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman
Hakim.
Kisah ini turut dipaparkan dalam Metro ahad dan juga di Wikipidia.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...