Thursday, February 14, 2013

Petua : Mendidik anak degil dan tidak mendengar kata

Hari nie teman nak kongsikan satu petua untuk keluarga dalam mendidik anak-anak. Biasanya bila dah ada anak-anak nie, macam-macam kerenah mereka nie. Biasalah budak-budak sedang membesar. Tak kurang juga ada yang mendengar kata dan ada juga yang degil + nakal. Kadang-kadang teman ada juga mendengar ibubapa merungut mengenai kerenah anak-anak mereka yang tidak mengikut kata.

Setiap ibubapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia berguna dan mendapat didikan yang sempurna disanping menghormati mereka.

Namun, setakat mana cara didikan mereka selama ini berkesan. Disini, teman kongsikan petua khas untuk pembaca yang sudah berkeluarga. Petua ini hendak lah dilakukan dengan penuh berkeyakinan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita. Berkesan atau tidak hanya ALLAH yang menentukannya.


Gambar ehsab blogger : dansemacabre

Ok, mula-mula sediakan tujuh batang lidi dan ucapkan pada lidi tersebut "Aku ambil rotan ini untuk anak-anak aku takut" dan kemudian selawat keatas nabi sebanyak tiga kali (3X). Ianya hendak lah dilakukan pada hari selasa sewaktu matahari rembang (tinggi, waktu tengahari dalam pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari).

Gunakan lidi ini untuk menakut-nakutkan anak-anak yang degil dan suka melawan kata. Akan tetapi perlu diingat. Lidi ini hanya digunakan untuk menakut-nakutkan bukannya untuk merotan atau memukul anak anda.

Kita hanya berusaha. Allah yang menentukan segalanya. Selamat mencuba!

1 comment :

  1. 1st time saya baca petua gunakan lidi. selalunya lebih kepada sikap dan interaksi parents dan anak2. menarik :)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...