Tuesday, February 12, 2013

Rojak SS15 Subang Jaya

Tempat makan best di Subang Jaya. Menu kali ini adalah berkenaan rojak. Biasanya rojak atau boleh juga di panggil pasembur popular di Pulau Pinang. Tapi, kali ini teman bersiaran di gerai rojak SS15 Subang Jaya. Nie adalah kali pertama teman kesini. Itu pun atas pelawaan +Ross Salleh bersama +Mohamad Faruk untuk lunch bersama. Dari Menara TM, Bangsar kami bergerak ke lokasi yang cuma mengambil masa setengah jam sahaja. Itu bergantung pada kelancaran aliran trafik waktu itu la. Koordinate GPS lokasi, teman kongsikan di bawah sebagai rujukan kome kalau berniat kesini.


Ianya terletak di jalan SS 15/3B, berhampiran dengan Subang Square.


Gerai rojak nie pernah muncul didalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3. Masa sampai tu, pelanggan tak la ramai lagi. Masa beratur menunggu giliran untuk pesanan pun tidak lah lama sangat.




nie bro +Mohamad Faruk bersemangat bebenor nak pekena rojak kat sini. Kiranya lunch rojak + cendol pulut... pergghh... balik office mengantuk giler...


  


Disini peniaga tidak menyediakan kerusi atau meja kepada pelanggan mereka.  so, pandai-pandai sendiri lah nak makan dimana. Ramai juga pelanggannya makan di bahu jalan. So, teman pun join sekali lah...



Pun begitu, gerai nie tetap mendapat sambutan hanggat dari pelanggan mereka. Walau pun tiada tempat yang selesa untuk menjamu selera, pelanggan mereka tetap setia menunggu. Apa yang menarik pasal rojak disini. Nak tahu! Cuba la sendiri.

4 comments :

  1. mesti sedap..harga pun boleh tahan murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la... Kalau nak pegi Penang tu semata-mata nak pekena rojak, memang tak berbaloi la... Harganya murah jer, tak sampai pun RM3 sepinggan. Standard offer, bersama telur rebus atau kosong...

      Boleh la try taste kat pulak... :d

      Delete
  2. just nak share, kalau nak lebih selesa, blh pegi kat seksyen 15 shah alam, diorang baru buka restoran kat sana, kat dgn Public Bank Seksyen 15 Shah Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Apa nama restorannya... Nanti la, kalau ada masa teman terjah kesana pula...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...