Sunday, April 8, 2012

Petua - Membuat Cili Boh

Bagi yang mengemari masakkan pedas mengunakan cili kering, petua ini boleh menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga boleh mengelakkan kesan sanpingan pengunaan cili boh yang mengandungi bahan kimia pengawet.


Gambar hiasan dari : http://makanmalaya.com

Kisar cili kering dalam jumlah berpatutan hingga lumat. Masaklah diatas api sederhana besar hingga kering air dan apabila agak pekat kecilkan api. Kacau hingga pekat. Selepas disejukkan, masukkan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Apabila diperlukan, hanya keluarkan sedikit (sebanyak yang diperlukan). Tidak payah mengisar cili setiap kali memasak. Di sanping itu puan juga boleh menjimatkan masa memasak kerana cili ini telah dimasak dan tidak berbau cili mentah lagi. Ia juga tahan lama tanpa menjejaskan rasa cili sebenar.

4 comments:

  1. ooo..saya biasanya rebus dulu cili tu baru kisar..huhu~~

    ReplyDelete
  2. bagus laa ko..hehehe..aku tak tau pun nak wat cili boh cammana...biasa beli je kat kedai..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. cik nur pun selalu rebus dulu,kemudian tapi dan keb=mudian blender sekali dengan bawang..!

    pastu simpang dalam peti sejuk..

    ReplyDelete
  4. buat cemni lebih praktikal dan terjamin kehalalannya. huhuh~

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...