Saturday, September 5, 2015

Kuliah : Ubat penyakit sombong

Dalam segment kuliah pagi ini, teman nak kongsikan macam hendak menghindarkan atau menjauhkan diri dari sifat sombong.


Gambar ehsan Google.

Diam dan jangan banyak bercakap. Maniskan dalam senyuman.
Biasanya kalau banyak bercakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita. Berkata pada perkara yang perlu dan lebihkan senyuman.

Berasa cukup dengan apa yang dimiliki.
Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tidak puas dan hendak lebih lagi.

Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular.
Biasanya kalau sudah popular nanti akan pandang rendah pada orang lain.

Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati.
Biasanya kalau tidak ada rasa belas kasihan nanti sifat zalim pula yang akan hadir.

Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain.
Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kiya hilang kawan atau tiada kawan langsung.

Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Jika kita tidak bermuhasabah diri, nanti kita hanya tahu yang diri kita ini kononya bagus.

Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. Jika kita tidak berdoa, di khuatiri kita akan di jangkiti penyakit "Syirik kecil". Nauzubillah.

Friday, September 4, 2015

Spotted : WRY 7

Teman terserempak dengan kereta Ferrari nie di Bukit Gambang City Resort pada 31 Ogos lepas. Cukup sporty. Tred mark kereta Ferari nie memang selalu warna merah yer. hehehe... Cute la kereta nie... Nombor pun cantik... WRY 7. Pergg... tak sapa nak bagi teman duduk kat ruang driver tu... :(

WRY 7

Apa pun, kereta Ferrari nie memang sangat ohhsome... Kalau kome nak tahu pengasas kereta Ferrari nie bernama Enzo Ferrari. Kalau nak baca mengenai tokoh, sila la klik disini ye. Kalau nak tahu bagaimana sejarah Ferrari bermula, kilangnya di bom ketika perang dunia kedua... klik la disini ye... Betapa hebatnya kereta Ferrari nie di mana kereta pertamanya adalah dari model Ferrari 125S yang di keluarkan pada tahun 1947 sehingga la menjadi kereta yang termahal di dunia dari model 1962 Ferrari 250 GTO yang dijual pada harga $38,115,000.

Teman tak pasti kereta nie dari model yang mana. hehehehe... rare type agaknya...

Thursday, September 3, 2015

Petua : Untuk memutihkan wajah

Memutihkan atau mencerahkan wajah. Nie bukan untuk mempromosikan produk Qu Puteh. Dalam entry ini teman hendak kongsikan bagaimana orang terdahulu mengamalkan petua ini untuk memutih dan mencerahkan wajah mereka


Gambar ehsan Google.


Untuk mengamalkan petua, bahan utama yang di perlukan ialah buah avocado. Selain enak di buat jus, buah avocado ini banyak manfaatnya untuk kesihatan. Antaranya ialah untuk memutihkan kulit.


Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja, ambil buah Avocado dan kupas kulitnya. Kemudian gosok buah avocado ini perlahan-lahan pada bahagian wajah selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari. Kulit akan menjadi lebih bersih dan cerah.