Thursday, December 18, 2014

Petua : Menghalau nyamuk

Halau nyamuk dari rumah. Sekarang nie musim hujan. Bila musim hujan, banyak pula air bertakung di merata-rata tempat. Air bertakung nie, jadi tempat untuk nyamuk membiak. Kalau tak di bersihkan kawasan rumah tu, jadi tempat pembiakan nyamuk lah jawapnya. Tambahan pula sekarang nie demam denggi makin menjadi di sebabkan nyamuk aedes nie senang sangat membiaknya. Nyamuk Aedes nie boleh menyeberangi negeri pulak ikut naik sekali naik kereta, bas atau lori dari negeri yang teruk dengan wabak denggi nie.

Dalam entry petua hari nie, teman nak kongsikan satu petua atau tips macam mana nak menghalau nyamuk dari rumah. Cara nie boleh digunakan masa kome berkhemah di hutan. Bahan yang diperlukan hanyalah limau nipis dan bunga cengkih.

Limau nipis itu di belah dua, dan kemudian ambil bunga cengkih dan benamkan bunga cengkih tu pada limau nipis yang di belah dua tu. Macam dalam gambar nie.

Limau Nipis dan Bunga Cengkih

Gambar ehsan Google.

Kemudian, letakkan limau nipis yang di cucuk dengan bunga cengkih tu kat tempat strategik yang biasa nyamuk duduk menyorok.

Ok, Selamat mencuba...

Tuesday, December 16, 2014

WhatsApp Group Chat

Sekarang nie ramai yang gunakan applikasi WhatsApp untuk berkomunikasi. Termasuk lah teman... Selain dari WhatsApp individu, kome juga boleh juga create WhatsApp group. Contohnya macam Family group WhatsApp. Memang bagus pengunaan WhatsApp nie terutama dalam merapatkan ikatan kekeluargaan dan kawan-kawan.


Gambar ehsan Google.

Dalam konteks kerja pula, pengunaan applikasi WhatsApp nie memudahkan koordinasi kerja seharian. Kebanyakan group whatsapp yang teman join in adalah untuk urusan kerja harian, kelab dan juga group kawan-kawan sekolah. Bila cerita pasal group WhatsApp nie, ahli group chat nie boleh di kategorikan dalam 8 golongan dalam list kat bawah nie...

1) Pak Jabit:
Setiap ketika ada pengumuman... bola, cuaca, gosip, ceramah...

2) Bos 7-Eleven:
Asyik bagi arahan, komen,  dan tugasan walaupun hari cuti (biasanya group kerja rasmi). Siap marah staf dalam group!

3) Kaunselor:
Penuh kata-kata pujangga, nasihat, perangsang semangat, hadith dan lain-lain

4) Kutu Malam:
Cuma aktif sebelah malam.. kecoh pasal malam jumaat. Bila siang tak bunyi langsung

5) Hantu Kubur:
Berbunyi hanya bila namanya diseru atau dipaksa jawab soalan

6) Kacang Ngan Yin:

Hanya pandai  
Gambar ehsan Google.

7) Bisu:
Jadi ahli grup tapi tak pernah berbunyi sekali pun.

8) Kaki Sentap:
Terkena sikit terus '.... left group'. Tak lama pastu minta admin tolong add balik.

~ Anda dikategori yang mana?????? ~

Hehehehe....

Monday, December 15, 2014

No plat kereta lain dari yang lain

Kereta Viva Elite bernombor WTE 3792 teman jumpa di Plaza Tol Subang NKVE hari Jumaat (12 December, 2014). Saja jer nak buat entry pasal kereta nie. Nombor plat kereta nie bukannya unik pun. Cuma apa yang menarik perhatian teman, kedudukan susunan nombor plat kereta nie. Kat kedai mana lah agaknya owner kereta nie buat nombor plat tu ye?

Viva WTE 3792


Tapi kat kereta tu ada kesan kemek sket... Mungkinkah pada asalnya kedudukan nombor plat normal, tapi bila kena langgar nombor tu jatuh ke bawah... nampak macam kartun sangat lah pulak :d kan... Saiz huruf dan nombor pun tak sama...

Tak kisah la... agak-agaknya kedudukan nombor plat macam nie, JPJ saman tak?