Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Friday, November 7, 2014
Thursday, November 6, 2014
Petua : Menegangkan kulit dan menghilangkan kedutan di muka
Macam mana nak menegangkan kulit muka? Mungkin kome ada masalah ini. Terutama bagi wanita, penampilan wajah amat di titik beratkan. Faktor penambahan usia juga mungkin menyumbang kepada faktor kulit muka kendur. Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk menegangkan kulit wajah.
Gambar ehsan Google.
Caranya mudah saja, dapatkan bahan-bahan di bawah ini;
- Sebiji atau dua biji telur (diambil putih telur sahaja)
- Sedikit tepung sagu
- Timun yang telah di parut / blender
Cara nak buatnya macam nie. Putih telur itu dipukul hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Kemudian, lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman. Pastikan kome tidur sorang-sorang. Bukan apa, takut nanti ada yang terjun katil lari... :)
Keesokkannya, setelah banguntidur, bilas muka dengan air bersih dan kemudian lumur dengan timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Selamat mencuba ye.
Tuesday, November 4, 2014
Pam tandas rosak
Macam mana nak baiki pam tandas yang rosak?
Kalau kome ada masalah macam nie, agak-agaknya apa yang kome akan buat?
Takkanlah nak biarkan saja, nanti membazir air pula dan dah tentu bil air akan
meningkat. Kalau nak ditutup dan buka punca air, macam menyusahkan pula. Jalan
yang paling mudah, ialah dengan membaiki kerosakan tersebut. Macam mana nak
baiki, kome boleh pilih sama ada nak panggil tukang paip untuk membaikinya atau
pun baikinya sendiri.
Perkara pertama sebelum mula membaiki ialah
dengan mencari alat gantinya. Alat ganti boleh di dapati di kedai hardware.
Harganya dalam RM2+.++ je. Yang ini jenis biasa saja. Untuk membaiki kerosakan
pam tandas nie, teman dapatkan alat ganti di kedai menjual peralatan bilik
mandi. Teman dapatkan alat ganti dari jenis yang elok. Harganya dalam RM50 dari
jenis Roy. Entah jenis pam apa nie pun teman tak tahu lah... Apa yang teman
tahu, tokeh tu yang rekemen jenama nie.
Lagi pun hanya jenama nie jer yang di jual di kedai tu. Dia kata, nie je stock yang ada.
Tinggal satu jer pun. Tokeh tu kata lagi, ramai yang telah beli pam nie. Teman
hanya mengiyakan je lah kata-kata tokeh tu.
Langkah pertama. Tutup punca air yang
masuk, ke dalam tangki. Kemudian buka
penutup tangki tersebut. Lepas itu, tanggalkan saluran air masuk ke tangki.
Ini lah pam tandas yang rosak tu. Actually, pam tak lah rosak. Cuma seal dekat tapak bawah tu dah keras dan menyebabkan air dalam tangki nie meleleh keluar. Kalau di biarkan, mau naik bil air setiap bulan.
Selepas itu, tanggalkan skru pengikat tangki di dinding dan juga di body tandas itu. Selepas semua skru pengikat tangki itu di buka, angkat tangki seramik itu dengan berhati-hati dan letakkan di atas lantai. Terlangkup kan tangki tersebut untuk membuang baki air yang tinggal. Ok, selepas itu tanggalkan pelampung untuk memudahkan kerja-kerja menukar pam tersebut. Untuk menanggalkan pam, buka pengikat utamanya yang terletak di bahagian bawah (luar).
Nie pam yang rosak tu. Kalau nak repair... mungkin boleh... tapi kena ambil masa sket... nak kena cari bahan getah yang sesuai... Silap hari bulan bocor balik... Kiranya kalau nak repair pam nie macam try and error lah... Kos nya pula, mungkin sama je kalau gantikan dengan pam baru...
Selepas pam yang rosak itu ditanggalkan, boleh mulakan pemasangan pam baru. Kemudian, pasang punat tekan pam di penutup tangki. Laraskan ketinggian punat tekan pam dengan memotong spillway paip slit yang tidak diperlukan seperti di dalam gambar yang teman kongsikan di bawah nie. Punat tekan pam boleh di laras dengan adjusting skru.

Selepas tangki air ini siap di pasang pada tempatnya, masukkan air untuk memastikan tiada kebocoran dan segalanya berfungsi dengan baik.
Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. So, rajin-rajin la yer... Ringan-ringan tangan kome tu membuat sendiri atau membaiki sendiri kerosakkan di rumah. Selain dari menjimatkan duit, kome juga boleh asah skill kretiviti kome tuh... tak gitu... :d
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)