Thursday, February 6, 2014

Petua : Untuk mudah bersalin

Mudah bersalin. Mengandung, bersalin dan mempunyai anak merupakan detik-detik yang dinantikan oleh wanita yang bergelar isteri. Bukan sahaja isteri, tetapi suami juga taksabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Hari ini, teman hendak berkongsi satu petua melayu lama untuk memudahkan bersalin.

Gambar ehsan Google

Petua ini memerlukan amalan sepanjang proses kehamilan hinggalah disaat hendak melahirkan anak. Ikutilah petuanya seperti dibawah;

  1. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
  2. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
  3. Amalkan minum air lebihan suami.
  4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
  5. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
  6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
  7. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
  8. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
  9. Minum 1 sudu teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
  10. Untuk mendapatkan kulit bayi yang putih/bersih, amalkan memakan buah epal dan minum susu atau air soya.

Tuesday, February 4, 2014

Wordless : House of Horror, I-City Shah Alam

Saturday, February 1, 2014

Kuliah : Tips atau amalan surah supaya perkahwinan berkekalan

Suami anda ada wanita lain? Dalam segmen kuliah hari ini, teman nak kongsikan amalan ayat-ayat Al-Quran supaya perkahwinan berkekalan, bahagia dan mendapat keredhaan Allah s.w.t




  1. Baca surah Ali Imran ayat 200 tiga kali dan tiup pada dada suami anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya suami anda setia pada anda.
  2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
  3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. mencantikkan rupa anda.
Doa ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak-anak supaya mereka dengar kata @ nasihat ibu bapa.