Mudah bersalin. Mengandung, bersalin dan mempunyai anak merupakan detik-detik yang dinantikan oleh wanita yang bergelar isteri. Bukan sahaja isteri, tetapi suami juga taksabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Hari ini, teman hendak berkongsi satu petua melayu lama untuk memudahkan bersalin.
Petua ini memerlukan amalan sepanjang proses kehamilan hinggalah disaat hendak melahirkan anak. Ikutilah petuanya seperti dibawah;
- Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
- Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
- Amalkan minum air lebihan suami.
- Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
- Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
- Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
- Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
- Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
- Minum 1 sudu teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
- Untuk mendapatkan kulit bayi yang putih/bersih, amalkan memakan buah epal dan minum susu atau air soya.
Info yang berguna bagi pengalaman mengandung pertama kali..kdg yang banyak kali pun...masih buka buku...hehhehe..betapa beruntungnya orang sekarang..ilmu dihujung jari
ReplyDeletebanyak betul petuanya
ReplyDeleteinfo yang menarik nie..sekarang nie musim ibu ibu mengandung..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-