Sunday, February 9, 2020

Kuliah : Kunci untuk mendapat ketenangan hati dan jiwa

Untuk segment kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tips untuk mendapat ketenangan hati dan jiwa. Insya Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik apabila hati dan jiwa kita tenang.



Gambar ehsan Google.

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI DAN IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


5 comments :

  1. lalui sahaja kehidupan ini dengan reda

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian.. Insyaallah jadi amalan..

    ReplyDelete
  3. cukuplah2 kita memberatkan hati dan fikiran dgn perkara yg remeh temeh...'diorang' pun nak rehat juga ;-)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...