Thursday, September 27, 2018

Petua : Petua untuk memperkasakan kelakian

Lemah, lembik dan tak bersemangat ketika bersama. Mungkin inilah perkataan yang sesuai untuk di ungkapkan bagi masalah yang kebanyakannya melanda buat kaum lelaki. Masalah ini jika tidak di atasi akan menyebabkan berlakunya ketidak harmonian di dalam rumah tangga. Baru-baru nie, teman terima perkongsian video nie dari applikasi WhatsApp. Ini adalah perkongsian petua dari Indonesia. Mungkin mereka gunakan petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.

Untuk membuat petua ini, kome perlukan bahan ini;
  1. Halia bara
  2. Bawang putih
Cara untuk membuatnya mudah sahaja. Ambil sedikit halia bara dan bawang putih (bergantung kepada saiznya). Kemudian tumbuk sehingga hancur kedua-dua ramuan ini. Ok, untuk cara pengunaannya, kome ikut je perkongsian video di bawah.




Wednesday, September 26, 2018

Wordless : Masjid Lojing

Kalau kome sama ada dari Pantai Barat atau Pantai Timur mengunakan laluan Simpang Pulai, boleh lah singgah disini tunaikan kewajipan kome tu sebelum meneruskan perjalanan tu.

Masjid Lojing, Kelantan

Sunday, September 9, 2018

Kuliah : Kita (IbuBapa) yang derhaka kepada anak-anak

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian video oleh Majlis Ta’lim Darul Murtadza berkenaan IbuBapa yang derhaka kepada anak-anaknya. Apa yang selalu kita dengar, anak-anak yang derhaka terhadap orang tua mereka. Teman sendiri pun baru je tau tentang perkara nie, dalam situasi bagaimana yang dikatakan IbuBapa derhaka terhadap anak-anak mereka. Saksikanlah perkongsian dari Majlis Ta’lim Darul Murtadza oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di bawah,



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Wednesday, September 5, 2018

Wordless : Kangkang

Terkasima sekejap bila terpandang board nie. Ada juga erk sayur kangkang... 😳🤔😏😉😂😂😂😂😂

Sayur kangkang

Macam-macam la dema nie... itu laa, terlalu sangat bergantung pada pekerja asing...