Sunday, February 4, 2018

Kuliah : Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah s.w.t dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Sedekah

Gambar ehsan Google.

Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikkan sedekah itu?

Rujukan dari hadis-hadis

  1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah s.w.t
  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang.
  3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam.
  4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah s.w.t dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
  5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah s.w.t akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
  6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
  7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah s.w.t
  8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
  9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dibuat
  10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah s.w.t dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda
  11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t
  12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah s.w.t Inn Syaa Allah
  13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayang oleh masyarakat
  14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.
  15. Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah s.w.t Inn Syaa Allah
  16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.
  17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.
  18. Sedekah adalah ubat
  19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.
  20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

2 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...