Thursday, February 8, 2018

Petua : Menghilangkan batuk dan selsema

Batuk dan selsema. Pucuk kaduk biasanya tumbuh meliar di kawasan kampung. Pucuk kaduk bukan saja enak dijadikan ulam. Malah pucuk kaduk boleh digunakan untuk merawat batuk dan selsema. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk merawat batuk dan selsema.

Daun Kadok
Gambar ehsan Google.

Untuk petua kali ini, bahan utama yang di perlukan adalah;
  1. Segenggam pucuk kaduk
  2. 3 cawan air
Daun Kadok

Gambar ehsan Google.

Macam mana nak membuatnya? Mudah je. Kome rebus je pucuk kaduk nie sehingga mendidih sehingga air rebusan tersebut tinggal untuk secawan. Minum air rebusan ini setiap hari sebelum tidur sehingga sembuh.

Selamat mencuba ya.

4 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...