Kita mengaku, kita umat Rasulullah, tapi adakah kita mengikut sunnah Nya dan meninggalkan tegahannya?
Kisah Seorang Petugas Sukarelawan Gaza yang merokok.
Sehinggalah menjejakkan kaki di bumi Gaza, apabila ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa dalam perjalanan ke kem di Jabaliya.
Soalan pertama dia tanya,
"Anta hisap rokok?"
Saya jawab,
"Hisap, tetapi di Malaysia. Di Gaza belum lagi."
Dia terdiam dalam masa 3 hingga 4 minit. Saya menunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah sangat dia hendak bertanyakan soalan yang kedua. Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya. Kemudian dia menarik nafas, baru dia bertanya semula,
"Anta sayang kepada Rasulullah?"
Saya dengan pantas menjawab,
"Mana mungkin tidak sayang, mestilah sayang."
Kemudian dia memberi penerangan,
"Kalau kita sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk."
Katanya lagi,
"Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka, Rasulullah sayang tidak dengan kita?"
Saya terus terdiam. Air mata saya mengalir. Terasa sebak dan pilu di dalam hati.
Selepas hari itu sehingga kini, saya sudah tidak merokok lagi. Sehinggakan orang suruh saya menghulurkan kotak rokok pun saya tidak mahu.
Sahabat-sahabatku yang masih merokok...jom tanamkan azam dan niat untuk berhenti merokok bermula sekarang dibulan yang penuh barakah......bukan esok.
Untuk terus istiqamah, memerlukan nekad dan jihad yang kuat..In shaa Allah, boleh.
ReplyDelete