Friday, June 23, 2017

Tips pemanduan untuk balik beraya di kampung

Teman pasti, hari nie ramai yang sudah bertolak untuk balik beraya bersama keluarga di kampung. Teman pun kali nie akan balik beraya di Perak. Jarak dari rumah teman di Saujana Utama Sungai Buluh ke Tanjong Malim nie dalam 60KM je. So, pagi esok baru teman bertolak balik. Biar lah orang yang kampung nya jauh tu balik dulu. At least teman tak menyumbang sama kesesakkan di highway tu. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan tips pemanduan untuk balik beraya di kampung.

Tips Pemanduan Untuk Balik Beraya di kampung



Hati-hati lah ye kome memandu balik beraya tu ya. Jangan lah memandu ikut hati, pandu la ikut akal fikiran yang waras. Kome boleh amalkan doa untuk menghilang rasa mengantuk semasa memandu nie...

Sepotong ayat Al Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
.
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
.
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
.
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama. Sebelum mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat sebegini... InshaaAllah...

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.
.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 & SAHABAT² ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA .


๐Ÿ’Dakwah Itu Cinta❤

Apa pun, teman ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"

Tuesday, June 20, 2017

Tips untuk berjimat di Hari Raya

Tak lama lagi dah nak raya... Bila sampai time raya je, mesti pening bila memikirkan soal pembelanjaan untuk menyambut Hari Raya. Memang tak dinafikan kaum wanita la yang paling sibuk bila memikirkan hal persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagi kaum wanita pula biasanya mereka dah mula berfikir bab persiapan raya nie dua-tiga bulan sebelum puasa lagi. Biasanya, nie bab tempahan baju la...

Mana nak fikir budget untuk pakaian, biskut raya dan persiapan rumah bagai dengan nak tukar langsir dan sarung kusyennya. Semuanya perlu di ganti. Itu tak termasuk kos minyak dan tol untuk balik ke kampung beraya. Haah... duit raya lagi... Jadi, mana yang boleh di jimatkan, boleh la kurangkan perbelanjaan tu... Tak nak cut cost berbelanjaan duit raya pulak kan... Nampak sangat la kita nie berkira untuk bersedekah...

Sampul duit raya


Ok, teman dah praktikkan cara nie lebih dari 3 tahun. Apa yang teman buat, setiap tahun bila tibanya raya, teman akan simpan semula sampul duit raya anak teman yang boleh di gunakan semula. Mana sampul duit raya yang dapat free tu pun teman simpan semuanya untuk digunakan raya tahun berikutnya. Kalau nak beli sampul duit raya baru, harganya dalam RM10 untuk 2 atau 3 pack yang ada 5-10 keping sampul.

Bukan apa, kalau beli sampul baru dan diberikan pada budak-budak tu di koyak dan dibuang dalam longkang. Rasa macam terkilan sangat bila sampul duit raya tu di beli untuk di buang. At least dengan cara nie, teman dah tak payah beli sampul duit raya lagi.

*Psst... teman kadang-kadang tu terfikir jugak nak buat hobi baru, kumpul sampul duit raya yang rare... agak-agak selepas 10 tahun harga berapa ye...

Sunday, June 18, 2017

Kuliah : Adakah kita umat Rasulullah?

Kita mengaku, kita umat Rasulullah, tapi adakah kita mengikut sunnah Nya dan meninggalkan tegahannya?

Merokok 
Gambar ehsan Google.

Kisah Seorang Petugas Sukarelawan Gaza yang merokok.

Sehinggalah menjejakkan kaki di bumi Gaza, apabila ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa dalam perjalanan ke kem di Jabaliya.

Soalan pertama dia tanya,
"Anta hisap rokok?"

Saya jawab,
"Hisap, tetapi di Malaysia. Di Gaza belum lagi."

Dia terdiam dalam masa 3 hingga 4 minit. Saya menunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah sangat dia hendak bertanyakan soalan yang kedua. Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya. Kemudian dia menarik nafas, baru dia bertanya semula,

"Anta sayang kepada Rasulullah?"

Saya dengan pantas menjawab,

"Mana mungkin tidak sayang, mestilah sayang."

Kemudian dia memberi penerangan,

"Kalau kita sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk."

Katanya lagi,
"Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka, Rasulullah sayang tidak dengan kita?"

Saya terus terdiam. Air mata saya mengalir. Terasa sebak dan pilu di dalam hati.

Selepas hari itu sehingga kini, saya sudah tidak merokok lagi. Sehinggakan orang suruh saya menghulurkan kotak rokok pun saya tidak mahu.

Sahabat-sahabatku yang masih merokok...jom tanamkan azam dan niat untuk berhenti merokok bermula sekarang dibulan yang penuh barakah......bukan esok.

Thursday, June 15, 2017

Petua : Buang lemak ayam dengan mudah

Kome tau tak macam mana nak buang lemak ayam dengan mudah? Maklum lah kan, di bulan ramadan nie, kalau makan ayam grill atau panggang di buat sendiri di rumah, memang best. Tapi, itu la kan, nak makan dengan cara yang betul dan sihat nie perlu tahu caranya. Ok, dalam entry hari nie teman akan kongsikan satu petua di dapur. Cara mudah untuk membuang dan membersihkan lemak ayam.


Gambar ehsan Google.

Mudah je rupanya untuk membuang lemak ayam nie. Mula-mula bersihkan ayam tersebut seperti biasa dan kemudian toskan air. Kemudian, sapukan tepung gandum pada ayam tersebut dengan sekata dan bilas sekali lagi. Dengan cara nie, lemak ayam tersebut dapat di buang dengan mudah.

Senang je rupanya. Apa pun, kalau kome tak buat petua yang teman kongsikan nie pun, tak guna jugakan.... hehehehehe....๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Apa pun, selamat mencuba ye...

Sunday, June 11, 2017

Kuliah : Berdalih dengan takdir

Sekadar perkongsian. Pernah dengar seseorang menyalahkan takdir di atas segala dosa yang sengaja dilakukannya. Sama-sama lah mengikuti perkongsian video ini. Semoga ianya menjadi pedoman buat semua.




Selamat beramal.

Saturday, June 10, 2017

Kuliah : Suatu kisah sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga keadaan beliau sangat lemah. Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke Masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendapat taushiyah dari Rasulullah SAW.

Beliau duduk dengan lemah di atas mimbar. Wajahnya terlihat pucat, menahan sakit yang tengah di deritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat-sahabat ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kepada mu, bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu-satunya Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar wahai Rasulullah, engkau telah sampaikan kepada kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, dan setiap apa yang Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu pertanyaan yang menjadikan para sahabat sedih dan terharu.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya, aku akan pergi menemui Allah. Dan sebelum aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua. Adakah aku berhutang kepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut, kerana aku tidak mahu bertemu dgn Allah dalam keadaan berhutang dengan manusia."

Ketika itu semua sahabat diam, dan dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita? Kamilah yang banyak berhutang kepada Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba2 bangun seorang lelaki yang bernama UKASYAH, seorang sahabat mantan preman sebelum masuk Islam, dia berkata:

"Ya Rasulullah! Aku ingin sampaikan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pn mulai bercerita: "Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda, tapi jesteru terkena pada dadaku, kerana ketika itu aku berdiri dibelakang kuda yang engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu, Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama."

Dengan suara yang agak tinggi,NUkasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah." Ukasyah seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah pada Ukasyah. "Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah Baginda sedang sakit.

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah, Kemudian Fatimah bertanya: "untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?" Bilal menjawab dengan nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Ukasyah hendak pukul ayahku Rasulullah? Ayahku sedang sakit, kalau mahu mukul, pukullah aku anaknya".

Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cambuk tersebut ke Masjid lalu diberikan kepada Ukasyah. Setelah mengambil cambuk, Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah.

Tiba-tiba Abu bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah..! kalau kamu hendak memukul, pukullah aku. Aku orang yang pertama beriman dengan apa yg Rasulullah SAW sampaikan. Akulah sahabatnya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak memukul, maka pukullah aku".

Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Abu Bakar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah. Kemudian Umar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah... kalau engkau mahu mukul, pukullah aku. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu. Sekarang tidak boleh ada seseorang pun yang boleh menyakiti Rasulullah Muhammad. Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah, maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:N"Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah". Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah, tiba-tiba berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW. Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja. Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu di jawab oleh Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Ali, ini urusan antara aku dengan Ukasyah". Ukasyah semakin dekat dg Rasulullah. tiba-tiba tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesygan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husen. Mereka berdua memegangi tangan Ukasyah sambil memohon.

"Wahai pakcik, pukullah kami pakcik. Datuk kami sedang sakit. Pukullah kami saja wahai pakcik. Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah, dengan memukul kami sesungguhnya itu sama dengan menyakiiti datuk kami, wahai pakcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku duduklah kalian. Ini urusan datuk dengan pakcik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar, dengan lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mahu aku pukul, maka turunlah ke bawah sini." Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah.

Rasulullah didudukkan pada sebuah kursi, lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi: "Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah"

Para shbt sangat geram mendengar perkataan Ukasyah. Tanpa berlama-lama dalam keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yang sangat indah, sedang beberapa batu terikat di perut Rasulullah pertanda Rasulullah sedang menahan lapar.

Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai Ukasyah, segeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Allah akan murka padamu." Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW, cemeti di tangannya di buang jauh-jauh. Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat-eratnya. Sambil menangis semau-maunya,

Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah, ampuni aku, maafkan aku, mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu. Seumur hidupku aku bercita-cita dapat memelukmu. Kerana sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguh aku takut dengan api neraka.

Maafkan aku ya Rasulullah..." Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

"Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah.." Semua sahabat menitiskan air mata. Kemudian para sahabat bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Semoga dengan membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kepada kekasih Allah SWT...

Allahumma sholli 'alaa Muhammad... Allahumma sholli 'alayhi wassalam...
Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua...

Aamiin...

Thursday, June 8, 2017

Petua : Untuk membuang angin di dalam badan

Petua untuk membuang angin dalam badan. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan petua orang-orang lama untuk mengeluarkan angin dari dalam badan. Bila badan berangin, tubuh akan berasa berat dan perut terasa sebu atau kembung. Mula lah tubuh akan berasa sakit di sana sini. Untuk mengatasi masalah ini, kome boleh mencuba petua ni.

Halia Gambar ehsan Google.

Sangat mudah untuk membuat petua nie. Bahan utama yang di perlukan ialah halia.

Mula-mula, bersihkan halia tersebut dan hiriskan halia tersebut. Kemudian, masukkan halia tersebut kedalam cawan atau gelas yang berisi air panas dan ditutup. Biarkan seketika sehingga air menjadi suam. Setelah itu, boleh minum air halia ini.

Air halia dapat membuang angin dalam badan dan membantu untuk melangsingkan badan.

Selamat mencuba ye.

Saturday, June 3, 2017

Kuliah : Keberkatan untuk bangun bersahur

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Nabi SAW bersabda :

ุงَู„ุณَّุญُูˆْุฑُ ุฃَูƒْู„ُู‡ُ ุจَุฑَูƒَุฉٌ ูَู„ุงَ ุชَุฏَุนُูˆْู‡ُ ูˆَ ู„َูˆْ ุงَู†ْ ูŠَุฌْุฑَุนَ ุงَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฌُุฑْุนَุฉً ู…ِู†ْ ู…َุงุกٍ ูَุงِู†َّ ุงู„ู„ู‡َ ูˆَ ู…َู„ุงَุฆِูƒَุชَู‡ُ ูŠُุตَู„ُّูˆْู†َ ุนَู„َู‰ ุงْู„ู…ُุชَุณَุญّุฑِูŠْู†َ.

Sahur itu suatu berkah. Maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun hanya dengan meneguk seteguk air, karena sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur. [HR. Ahmad]

#JomSahur
#RamadhanKareem.๐Ÿ˜Š

Thursday, June 1, 2017

Petua : Untuk mendapatkan tona kulit sekata

Dalam petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua kecantikkan. Salah satu masalah kulit wajah adalah tona tidak sekata. Salah satu punca yang menyebabkan tona kulit tidak sekata adalah disebabkan masalah ketidak seimbangan hormon dalam tubuh.

Tona kulit tidak sekata

Gambar ehsan Google.

Jika kome ada masalah sebegini, mungkin boleh mencuba petua ini. Bahan untuk membuat petua ini mudah saja untuk di perolehi. Apa yang di perlukan untuk membuat petua ini hanyalah mengunakan bahan-bahan ini;

  1. Satu sudu teh serbuk kunyit
  2. Jus nenas (tanpa gula atau di campur air)
Nenas

Nenas

Gambar ehsan Google.

Gaulkan serbuk kunyit ini, bersama jus nenas sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka dan leher. Setelah itu biarkan sehingga kering dan kemudian bolehlah dibilas dengan air sejuk. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu. Hasilnya tona kulit menjadi sekata dan tiada tompok hitam lagi.

Selamat mencuba!