Friday, September 30, 2016

Kak Yah kat mana?

Selalu jugak bila berjalan di Kelantan terjumpa benda-benda yang agak funny. Funny bagi teman laa... Bagi orang lain, mungkin biasa je. Hari tu, masa on the way dari Kota Bharu ke Pantai Sabak, ternampak sign board nie kat tepi jalan... Sempat jugak la teman snap gambarnya...

Kak Yah

Yang menjadi tanda tanya... Kak Yah tu kat mana? Macam mana nak hubungi dia? Siapa Kak Yah tu... mmmm.... hahahahaha...

Thursday, September 29, 2016

Petua : Pedih mata semasa memotong bawang

Teman ada satu petua macam mana tak nak bagi mata pedih berair semasa memotong bawang. Teman terbaca petua dalam sebuah majalah hari tu. Jadi teman kongsikan lah petua tu dalam entry hari. Teman sendiri pun belum berkesempatan untuk mencuba petua nie.

Pedih mata potong bawang 
Gambar ehsan Google

Kalau setakat memotong sebiji dua bawang merah tu tak ada hal la... Tapi kalau dah sebakul bawang merah hendak di kupas, mau berair mata di buatnya... Pedih beb...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bawang merah 
Gambar ehsan Google

Ok, petua tu macam nie... Senang je nak buatnya... Masa kome potong bawang tu... kome makan lah chuwing gum... Makan chuwing gum semasa memotong bawang nie sebenarnya dapat mengelakkan mata dari pedih dan berair... Nampak macam tak logikkan... Apa kena mengena makan chuwing gum dengan kepedihan mata masa potong bawang... hahahahaha...๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค— nak tau cubalah sendiri... ๐Ÿ˜Nanti tinggalkan pengalaman kome tu disini...

Wednesday, September 28, 2016

Wordless : Menara Kuala Lumpur

Wordless entry for today. Menara Kuala Lumpur or maybe some of us call it KL Tower ๐Ÿค—๐Ÿ˜‹. Ok, done less typing for Wordless entry.

KL Tower

Menara Kuala Lumpur

Tuesday, September 27, 2016

Tips penyelenggaraan kenderaan

Kali ini teman hendak kongsikan tips berkenaan penyelenggaraan sistem break. Penyelenggaraan sistem break ini penting untuk memastikan kereta berhenti pada waktunya yang tepat. Penyelenggaraan sistem break yang baik memastikan kelancaran kenderaan, juga penjimatan pengunaan petrol dan keselamatan semasa berada di jalan raya.


Semoga perkongsian video di bawah ini memberi manfaat kepada semua.


Perkongsian video ini adalah dari Apakehei Channel Youtube.

Saturday, September 24, 2016

Kuliah : Siapakah anda sebenarnya?

Siapakah anda yang sebenarnya?

 

Gambar ehsan Google

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata:   "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?
Orang yang kedekut ialah orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya, malah dia juga tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Thursday, September 22, 2016

Petua : Untuk menghilangkan bintik-bintik merah di badan

Petua untuk menghilangkan gelgata. Kadang-kadang tanpa kita sedari, tiba-tiba tubuh kita ada bintik-bintik merah yang menyebabkan kegatalan dan kepedihan. Sebaik-baiknya rujuk lah kepada mereka yang lebih arif dalam bidang rawatan dan kesihatan.


Gambar ehsan Google.


Sebagai pilihan alternatif, kome boleh juga cuba petua ini.


Gambar ehsan Google.

Dapatkan sepotong kunyit hidup dan kemudian kunyit ini di parut halus. Kemudian, campurkan bersama kapur sirih dan air (sekadar cukup untuk di panaskan). Campuran ini kemudiannya didihkan dengan api sederhana. Setelah di sejukkan, bolehlah disapukan pada bahagian yang bengkak-bengkak itu.

Selamat mencuba.

Wednesday, September 21, 2016

Wordless : Once upon a time at Temerloh

Sungai Pahang di Temerloh. Signature di bandar Temerloh adalah Ikan Patin masak tempoyak... Perggg.... memang sodap...

Sungai Pahang, Temerloh

Sunday, September 18, 2016

Kuliah : Gangguan Jin di rumah.

Entry hari ini hanya sekadar berkongsi satu klip video berkenaan gangguan Jin dalam segmen Tanya Ustaz di TV9, berkenaan dengan gangguan jin. Antara tanda-tanda kena gangguan jin ialah :
  1. Ternampak kelibat melintas.
  2. Rumah flat / apartment / rumah bertingkat - malam-malam bunyi orang main guli, malam-malam bunyi orang mengalih kerusi atau meja, malam-malam terdengar orang menumbuk lesung batu dan sebagainya.
Itu tandanya rumah itu sudah dihuni jin laknatullah. Teman sendiri pun pernah mengalami situasi ini semasa menginap di sebuah hotel di utara Semenanjunt Malaysia. Kome boleh klik disini untuk membaca kisah tersebut.



Apabila kita mengalami masalah sebegini, bagaimana hendak kita mengatasinya? Amalkan dengan membaca doa ini.

Doa penghalau jin 

Doa ini membawa maksud seperti berikut :

"Wahai Ifrit / golongan Jin, aku peringatkan kepada kamu dengan sumpah yang dibuat dengan Nabi Sulaiman, kamu keluar dan nyah dari rumah aku. Dan aku peringatkan juga kepada kamu jangan sesekali kamu menyakiti ahli rumah ini."

Saturday, September 17, 2016

Kuliah : Suasana sebelum dan selepas qiamat

Sekadar perkongsian untuk kuliah hari ini.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

dunia hancur 
Gambar ehsan Google

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, September 15, 2016

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Tempat menarik di Cherating. Cherating selain terkenal sebagai pantai peranginan, di Cherating juga tersembunyi satu destinasi yang menyimpan khazanah yang merentasi lautan luas, iaitu penyu.

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Di Pusat Konservasi ini, telur-telur penyu ini akan di tetaskan dan anak-anak penyu ini akan di tempatkan didalam kolam kecil sehingga cukup matang untuk di lepaskan di lautan luas.

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Apa yang menarik disini? Di Pusat Konservasi Penyu ini segala info dan maklumat berkenaan penyu boleh didapati disini. Selain dari penyu, maklumat berkenaan haiwan air seperti Dugong dan batu karang juga boleh didapati disini.

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating

Antara yang menarik, disini kita boleh saksikan anak-anak penyu jenis karah dalam kolam tu sebelum dilepaskan bebas di lautan.






Apa lagi... boleh la bawa anak-anak berkunjung disini sambil belajar mengenal hidupan laut yang unik ini... Masuk percuma... tak ada charge pun...

Sunday, September 11, 2016

Kuliah : Hukum memberi upah daging sembelihan qurban kepada penyembelih.

Sekadar perkongsian berkenaan hukum-hukum semasa menjalani ibadah qurban.

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus jawab:

Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Ibadah Qurban 

Gambar ehsan Google

Adakah sah qurban itu?

Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.

Jadi, macamana nak upah mereka?

Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.

Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

** Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini.

Saturday, September 10, 2016

Kuliah : Puasa sunat arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa Arafah 
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah;

*ู†َูˆَูŠْุชُ ุตَูˆْู…َ ุบَุฏٍ ู…ِู†ْ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْุนَุฑْูَุฉَ ุณُู†َّุฉً ู„ِู„ِّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰*

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah hajipula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:“Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Sunday, September 4, 2016

Kuliah : Hukuman yang tidak terasa

Seorang mฯ…rฮนd mengadฯ… ฤธepada gฯ…rฯ…nya: "ustaz, betapa banyaฤธ kita berdoั•a ฤธepada Allah dan tidak menunaikan haknya tapi ั•aya tidak melihat Allah menghukum kita".

Gฯ…rฯ… menjawabnya dengan tenang: "Betapa ั•erฮนng Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa".

"Sesungguhnya ั•alaะฝ satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku, ialah: sedikitnya taufiq yang Allah berikan untuk mengamalkan ketaatan dan amal-amal kebaikkan".

Tidaklah ั•eั•eorang diuji dengan musibah yang lebih besar darฮน "kekerasan hati dan kematian hati".

Hukuman yang tidak terasa 
Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu raั•a bahagia dan ั•enang dengan munajat kepadanya, merendah diri kepadanya, ั•ฯ…jฯ…d di hadapannya.


Sedarkah engฤธaฯ… tidak diberikan raั•a khusyuk dalaะผ solat?

Sedarkah engkau, bahawa beberapa hari-hari mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca al-qฯ…r'an?

Sedarkah engฤธaฯ… ั•ฯ…daะฝ tidak tersentuh dengan ayat-ayat al-qฯ…r'an, seakan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engฤธaฯ… bahawa telah berlalu beberapa banyak malam yang panjang ั•edang engkau tidak melakukan qiamullail dฮน hadapan Allah, walaฯ…pฯ…n terkadang engฤธaฯ… tidak tidur malam?

Sedarkah engฤธaฯ… bahawa telah berlalu atasmu musim kebaikkan seperti Ramadhan... 6 hari di bulan Syawal. 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain-lain tapi engฤธaฯ… belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu???

Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdoa kepadanya?

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah dihadapan nafsu?

Tidakkah terkadang  engฤธaฯ… merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini???

Sedarkah engkau, amat mudah bagimu mengumpat, ะผengadฯ… domba, berdusta, memandang rendah pada orang lain, memandang ฤธepada yang haram?

Sedarkah engฤธaฯ…, bahwa Allah membuatmu lฯ…pa ฤธepada akhirat, lalฯ… Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesar mu?

Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya...
Waspadalah wahai anakku, kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambanya ialah hukuman yang terasa pada harta atau anak atau kesihatan.

Sesungguhnya hukuman tersebut adalah "hukuman yang tidak terasa" iaitu pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan dan tidak merasakan sakitnya dosa.

Wahai anakku, perbanyakkanlah di siang dan malam mu, amalan taubat dan istighfar. Semoga Allah menghidupkan hatimu...
(Marhum terjemahan dari Tausiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan).

========================

Apabila kita merasakan tiada dosa, sebenarnya kitalah orang yang paling berdosa.
Apabila kita merasakan diri kita orang yang paling ikhlas, bermakna kita belum lagi menjadi orang yang benar-benar ikhlas.
Apabila kita merasakan diri kita sudah tawadhu, bermakna kita masih takabbut.

Renung-renunglah, semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat beramal.

Saturday, September 3, 2016

Kuliah : Pesan Ustaz

InsyaaAllah tahun ini 1 Zulhijjah jatuh pada 3hb September 2016

Ustaz pesan..
Hari Arafah/ Hari Wukuf jangan lupa.. insyaaAllah pada 11hb September 2016 (Hari Ahad)
Semampu boleh, dari subuh ke maghrib.. do nothing except beribadah keranaNYA dengan harapan dosa dosa kita diampunkan. Dengan harapan kita suci dari segala dosa. Do everything by the book. It's only 1 day out of 365 days.  Pesan mama pasal Hari wukuf.. ada kat bawah sekali.

Ustaz pesan..
Walau kita bukan berada di Tanah Suci menunaikan rukun ke5 jangan kita merugikan diri. Hati kita perlu hadir bersama mereka yang berjihad menunaikan rukun Islam ke5. Rujuklah pada AlQuran Surah89 Al Fajr. Sebab tu..

Ustaz pesan..
Kita kena faham apa Allah SWT bagitahu kita dalam Al Quran.

Ustaz pesan..
Pada hari Wukuf, orang disana memakai ihram.. kita disini 'ihramkan' LIDAH kita, cakap yang baik baik sahaja.

Zikirlah sebanyak mungkin
ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡، ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ، ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ
La ilaha ila Allah wahdahu la sharika lah, lahu al-mulk wa lahu al-hamd, wa huwa `ala kulli shay’in qadir
There is no god but Allah, alone, without partner. His is the sovereignty, and His the praise, and He has power over everything

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah, Maha Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah segala kekuasaan, dan bagiNyalah segala Pujian, dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa

Ustaz pesan..
Disana orang bertawaf.. kita disini, pergilah cari orang yang susah dan bantu mereka. Kita disini.. eratkan silaturrahim.

Ustaz pesan..
Disana orang bersa'ie.. kita disini berusahalah tolong menunaikan hajat orang lain.

Ustaz pesan..
Di sana orang berwukuf.. kita disini.. bertahajudlah.

Ustaz pesan..
Disana orang bermabit  (tidur) di Mina.. kita disini, periksalah hati sebelum tidur. Muhasabah diri. Mohon dicabutkan/ hilangkan sifat buruk/ mazmumah.

Ustaz pesan..
Disana orang melontar.. kita disini.. lontar/ buang semua dosa dengan beristigfar.

Ustaz pesan..
Disana orang melakukan qurban.. kita buatlah juga semampu ada. Jika tidak.. langsung tidak.. lemparkan senyuman yang ikhlas.

Ustaz pesan..
Disana orang bertahalul.. kita disini, pulangkan haq/ amanah orang yang kita terambil jika ada. Bermaaf maafan lah sesama kita.

Ustaz pesan..
Pasal Hari Arafah/ Hari Wukuf..
Kelebihannya tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, yang tidak mengerjakan ibadat haji juga ada nikmatnya.

Kita dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, paling tidak pun.. pada Hari Arafah/ Hari Wukuf. Berdoalah seharian pada hari itu. Ketepikan dunia sementara pada hari itu.

Nabi SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
{2 tahun dosa terampun.. insyaaAllah)

Ustaz pesan..
Tidur awal.. bangun awal. Jangan main game.. jangan main phone.

Bangun dan solat Tahajud 4 rakaat.

Sebelum azan subuh.. istigfar.. paling paling 100 kali. Istigfar dengan hadirnya hati.

Ustaz pesan..
Hari tu, jangan tidur lepas subuh, continue istigfar, zikir atau baca Quran sehingga menjelang waktu syuruq (matahari terbit).

lepas tu.. buat solat Isyraq (solat sunnah dua raka’at yang dikerjakan setelah matahari terbit sekitar satu tombak, atau kira-kira lima belas minit setelah matahari terbit)

Ustaz pesan..
Doa banyak banyak untuk dunia dan akhirat.
Cuba dengar khutbah Hari Wukuf.. untung untung ada rezki, ada yang boleh tolong terjemahkan. (it's part of ibadat)

pesan Ustaz yang last..
Plan and list your doa. Dari hal negara, ekonomi mahupun peribadi. Kalau tak nanti lupa. Rugi masa. Jangan sia siakan waktu yang diberi. Ianya tidak mungkin akan kembali.

Kuliah : Jangan lalai mengingati Allah

Jangan kamu Allah mengingati Allah.

Kata ulamak:

Jika kamu lihat waktumu berlalu, dan umur mu semakin meningkat sedangkan kamu tidak buat sesuatu yang memberi hasil yang baik dan berfaedah, dan kamu tidak dapat keberkatan waktu. Kerana terikut-ikutkan sahabat atau rakan yang lalai.. Maka berjaga-jagalah kamu daripada termasuk dalam firman Allah s.w.t:

(ูˆู„ุง ุชุทุน ู…ู† ุฃุบูู„ู†ุง ู‚ู„ุจู‡ ุนู† ุฐูƒุฑู†ุง ูˆุงุชุจุน ู‡ูˆุงู‡ ูˆูƒุงู† ุฃู…ุฑู‡ ูุฑุทุง) [ุงู„ูƒู‡ู:ูขูจ]

"dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."

ingat Allah 
Gambar ehsan Google

Ada manusia yang berzikir kepada Allah, akan tetapi ia berzikir dalam keadaan hatinya yang lalai. Keranqa inilah zikirnya itu tidak mendatangkan sebarang manfaat, hatinya terus jauh dengan Allah walaupun mulutnya berzikir kepada Allah.

Manusia yang berzikir dalam keadaan hati nya yang lalai, akan menyebabkan tercabutnya keberkatan di dalam segala amalannya dan waktunya, dia akan dapati segala amalannya menjadi sia-sia.

Akan tetapi jika amalan zikir di sertai dengan ingat kepada Allah. Maka insyaAllah ia akan mendapat keberkatan di dalam semua amalannya.

Friday, September 2, 2016

Apa erti kemerdekaan?

Alhamdulillah, kita masih dapat lagi merayakan hari kemerdekaan negara kita yang ke 59. Tidak seperti negara-negara Asia Barat yang masih lagi bergolak. Apakah erti kemerdekaan bagi diri kita? Merdeka kah kita ini sedangkan diri kita sendiri masih lagi meminta-minta, masih lagi terbelenggu dengan sifat tidak mahu berubah. Cuba bandingkan diri kita, dimanakah kita tahun sudah, dan dimanakah kita tahun ini? Apakah pencapaian kita? Masih lagi tiada apa-apa perubahan? Sama-samalah kita hayati video di bawah ini.