Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bagi kita peluang untuk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?
Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya...
Gambar ehsan Google.
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Pertama
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." (surah al munafiqun:10)
👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Kedua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Ketiga
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
Keempat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Kelima
Bersedekahlah... Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah.
Keenam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.
2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.
4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.
5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat).
9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.
10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya.
11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi).
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar.
14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.
15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.
17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.
20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.
21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.
22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...