Petua untuk mengempiskan perut yang buncit dan berlemak. Ramai yang mengalami masalah perut buncit dan berlemak. Baik kaum lelaki dan juga kaum wanita. Ada yang mengatakan lelaki berperut buncit itu seksi dan bahagia disanping keluarga tercinta. Bagi kaum wanita pula, perut buncit akan menjejaskan penampilan mereka. Apa pun, memang sukar untuk menghilangkan masalah perut buncit ini. Mereka perlu berkerja keras untuk membuang lemak-lemak yang terkumpul di bahagian tersebut.
Gambar ehsan Google.
Untuk entry petua hari ini, teman hendak kongsikan satu petua tradisional yang di amalkan olah orang terdahulu. Bahan-bahan yang diperlukan untuk petua ini ialah ;
- Perahan air limau nipis
- Kapur sireh
Cara membuatnya, mula-mula campurkan kapur sireh ini dengan air limau nipis. Bancuh campuran ini sehingga pekat. Kemudian, lumurkan pada bahagian perut yang berkenaan. Biarkan kering. Kemudian, pakai bengkung.
Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur. Perut buncit dapat diatasi dengan cara yang selamat dan berkesan.
Selamat mencuba.
ok nanti nak cuba huhuhu
ReplyDeletepetua nie macam menarik jer...boleh buat sendiri tanpa mengeluarkan modal yang banyak memandangkan perut aku nie pun dah macam nk membesar jer...hahahaha
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
dari dulu nak buat..tapi xterbuat langsung..
ReplyDeletenak cara mudah je.....padahal yang murah tapi berkesan xnak buat..
huhuhuhu