Sunday, May 15, 2016

New orchid in the house

Belajar cara tanam orchid. Nie percubaan kali kedua untuk berjinak-jinak dengan bunga orkid. Setahun dulu, adinda ada beli sepokok bunga orkid nie. Dia pesan, orkid nie jangan siram selalu tau... Seminggu sekali je siram... Siram air sikit je tau... Kalau bunga nie mati, ayang merajuk...😷 Kalau macam tu, ayang siram sendiri laa...😌😌😌 balas teman ambil jalan selamat...😅😅😅 selepas setahun berlalu, pokok orkid tu mati....🙄🙄🙄🙄 ok, back to story line...

Pokok Orkid

Dua minggu sudah, macam biasa teman setiap pagi sabtu teman akan ke Rawang hantar Aisar untuk kelas piano. Kat bawah kelas piano Aisar tu baru je bukak kedai baja. Sebelum nie, ada mini market. Tapi kedai tu dah tutup dan di gantikan dengan kedai baja dan peralatan pertanian. Teman nie, sejak zaman budak-budak dulu memang suka bercucuk tanam termasuk lah tanam pokok bunga. Untuk spesis orkid, ini adalah pertama kali. Memang tak ada pengalaman langsung.

Pokok Orkid

Macam mana teman boleh terjebak minat tanam orkid nie? Mmm... Teman memang suka menanam... Hobi teman... At least ada benda teman boleh buat waktu petang dan hujung minggu... Di kedai tu pulak, selain jual baja dan peralatan pertanian, ada jugak dijual benih pokok-pokok sayuran dan yang paling ossemm sekali ada juga beberapa jenis pokok bunga orkid di jual.

Pokok Orkid

Untuk permulaan, teman beli orkid jenis nie dulu. Tak tau la teman, nie pokok orkid jenis apa? Apa yang pasti, orkid nie nampak menarik. Tak tau la, berapa lama bunga orkid boleh bertahan. Kalau ikutkan cakap tokeh tu, kalau kena gaya bunya orkid nie boleh tahan hingga 3 bulan. Tak apa... teman cuba dulu berjinak-jinak dengan orkid jenis nie.

Pokok Orkid

Baja dan vitamin untuk pokok orkid.

Baja orkid

Pokok Orkid

Untuk penjagaan, teman disyorkan mengunakan campuran baja organik ini supaya pokok orkid subur dengan menyiramnya seminggu sekali. Harap-harap, kali nie berjaya la.



2 comments :

  1. berjaya ke idok..
    huhu
    orked antara yang paling cerewet nak jaga.
    paling senang adalah cactus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih gagal lagi 😔😔😔....

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...