Guru-guru bermesyuarat di dalam bilik...
Tiba-tiba, terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing-masing memberikan komen:
Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagikan.
Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, Tenaga yang digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan kehidupannya.
Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Besar: Sememangnya saya yang kentut. Besar sangat ke masalahnya?
SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru.
Cikgu besar rupanya.
ReplyDelete