Takut-takut kita ter'cakap'. Ini adalah dari sumber 'Usrah TV9'.
INFO: BERGURAU ADA BATASNYA, FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.
Antara contoh-contoh dialog menjadi kafir dalam tak sedar:
- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. - jatuh kafir
- Tak payahlah simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, berselerak je muke aku tengok. - jatuh kafir
- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. - jatuh kafir
- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro... - jatuh kafir
- Senyumlah skit, muke masam je dah macam malaikat mungkar nakir dah aku tengok. - jatuh kafir
- Sedarlah sikit yang selama nie kerajaan bagi rezeki kat kamu. - jatuh kafir
- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. - jatuh kafir
- Erm... kalo murtad mesti boleh buat maksiatkan? Macam best je... - jatuh kafir
- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... - jatuh kafir
- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni. - jatuh kafir
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah SAW dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.
P/S: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yang kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.
# Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain juga. Bahaya ni... baru tau. Masya Allah !
Syirik kecil boleh jadi macam ini. Situasi:
- Ida sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya Farah berkata; "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.
- Azizi bertanya kpd Khuzaimi; "Awak dah solat Zuhur? Khuzaimi menjawab, "Dah, semalam."
Hah perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu.
Teman tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan?
Ilmu bukan untuk dijual beli.
Sumber 'Usrah' TV9
Wallahuallam...
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...