Petua untuk mendapatkan kulit gebu. Percayalah, wajah akan mencerminkan diri anda. Tapi kadang-kadang di sebab berperang dengan kerja rumah, akhirnya anda memilih untuk terus tidur daripada membelai kulit wajah dengan bahan alami yang sebenarnya terselit jutaan manfaat.
Gambar ehsan Google
Kulit cantik dan gebu persis Emma Maembong... :d
Gambar ehsan Google
Kulit cantik dan gebu persis Emma Maembong... :d
Kesempurnaan wajah menjadi impian wanita, mereka mahu memiliki kulit sihat, gebu dan sekata. Penjagaan di rumah hanya sebagai asas dan bagi merealisasikan impian memiliki wajah sempurna perawatan lengkap perlu dilakukan.
Bahan-bahan yang di perlukan :
- 1 mangkuk beras pulut susu
- 1 sudu teh madu
- Sedikit perahan lemon/limau nipis
Cara hendak membuatnya :
Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian, kisar kering sehingga halus. Selepas itu, ambil beras pulut susu yang telah dikisar dalam dua atau tiga sudu. Kemudian, campurkan dengan madu dan air perahan limau nipis atau lemon.
Gaul sehingga sebati dan sapukan pada seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan menjadi bersih, lembut, cerah dan gebu dalam masa dua hingga ke tiga minggu.
Hanya Perlukan 3 Bahan Untuk Jadikan Kulit Gebu Tanpa Bahan Kimia. Selamat mencuba.
Boleh nak cuba juga macam ni. Mana tahu jadi gebu.
ReplyDelete