Mengalami masalah uban walaupun usia masih muda. Tidak dinafikan ramai yang mengalami masalah ini. Walaupun usia masih muda remaja, tetapi rambut di kepala sudah mula memutih. Untuk membuat rawatan rambut, pasti akan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Masalah uban ini, kadang-kala disebabkan masalah akar rambut yang tidak sihat.
Gambar ehsan Google.
Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah uban. Petua ini menguna dua bahan utama iaitu minyak kelapa dan juga daun kari.
Ambil dua atau tiga sudu besar minyak kelapa. Masukkan ke dalam periuk kecil dan panas minyak kelapa ini bersama segenggam daun kari. Masak pada api sederhana sehingga daun kari tersebut hangus. Kemudian, biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan setiap hari.
Selamat mencuba.
oohhhh....hahahaha! ingat nak masak kari ayam okey Izni, good petua
ReplyDelete