Thursday, February 28, 2013

Petua : Hilangkan bisa sengatan duri ikan sembilang

Ikan Sembilang memang menjadi kegemaran orang ramai. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada di panggang dan dicicah dengan air asam atau dimasak berkuah seperti masak lemak dan sebagainya.


Gambar ehsan blogger Kaki Pancing

Masalah timbul bila hendak menyiang ikan ini kerana ikan ini menpunyai sengat yang sangat bisa. Jika tidak berhati-hati, jari-jemari kita akan menjadi mangsanya.

Teman sebagai antara pengemar ikan Sembilang, akan berkongsi satu rahsia atau petua yang mungkin dapat membantu kome jika menghadapi masalah terkena sengat ikan Sembilang ini. Caranya amat mudah dan bahan-bahannya boleh didapati dirumah. Kome hanya perlukan asam jawa.

Mudah sahaja caranya. Ambil asam jawa, kemudian letakkan ditempat yang terkena bisa sengatan ikan Sembilang tadi, Biarkan seketika, insyaallah bisa dan sakitnya akan hilang.

Selamat mencuba...!

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...