Nie adalah sambungan dari entry lepas geram hari tu, perjalanan balik beraya. Seperti dirancang, tahun ini tiba la giliran beraya di kampung tersayang, kat mana lagi... Kelate laa... Teman tak mahu lagi bersesak di jalan raya macam masa tahun pertama kahwin hari tuu... 13 jam menempuh perjalanan dari KL ke Kota Bharu.
So, tahun nie perjalanan balik Kota Bharu adalah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di exit Simpang Pulai. Keluar je exit Simpang Pulai, belok kanan menghala ke Ipoh dan belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat untuk menghala ke Cameron Highland.
Kebiasaannya, kereta tidak la banyak sangat melalui jalan ini. Sama juga keadaannya masa balik beraya nie. Setelah 45 minit mendaki, akhirnya sampai la ke Cameron Highland. Kali ini cuma lalu jer. Tak singgah pun sebab dah plan masa balik ke KL nanti akan singgah di sini.
Cuaca pun baik, tak terlalu terik, tak panas, suam-suam kuku gitu... Tengok la tuh, sempat lagi ambik gambar...
Sebenarnya, seronok memandu kereta ikut jalan nie. Kereta tak banyak mana pun. Boleh la memandu sambil menikmati keindahan alam dan menhirup udara segar. Walau pun begitu, pasti anda tidak memandu laju. Kelak membawa bencana kepada diri sendiri.
Apa macam... best tak memandu kat sini. Jalan elok, kereta tak banyak dan boleh menikmati keindahan alam. Jarak perjalanan dari Cameron Highland ke Gua Musang adalah lebih kurang 75KM yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari Cameron Highland, perjalanan lebih banyak menurun bukit, bermakna kurang pengunaan minyak dan kelajuan memandu boleh mencapai sehingga 110-120KM sejam. Apa pun pastikan brek kereta anda dalam keadaan baik sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Sebaliknya, jika dari Gua Musang menghala ke Cameron Highland, perjalanan adalah lebih banyak mendaki dan mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke Cameron Highland dengan kelajuan mendaki antara 60KM - 100KM.
Peringatan sebelum mengunakan highway ini, pastikan minyak kereta anda penuh dan sentiasa berkeadaan baik. Purata laluan highway ini tidak mempunyai liputan talian telefon. Apa pun, kereta polis ada juga kelihatan meronda di lebuh raya ini. Jadi tidak perlu lah anda risau untuk melaluinya.

No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...