Wednesday, September 5, 2012

Peminta sedekah di jalan raya

Weekend lepas di hari cuti kemerdekaan (31 Ogos, 2012), teman bawa family ke Sunway Piramid. Melalui NKWE dan Federal Highway dan ambil susur keluar di persimpangan bertingkat di Sunway. Semasa tengah lampu isyarat, tetiba teman ternampak la mamat nie. Tak tau la asalnya dari mana. Tapi, teman dapat agak mamat nie bukan warga Malaysia. Sejak 6 tahun bertugas di Lembah Klang, ini lah kali pertama teman lihat di Malaysia ada orang minta sedekah dari satu kereta ke kereta yang lain. Sebelum nie, tak pernah pulak lihat di Malaysia nie orang minta sedekah guna cara macam nie.


Nie la gambar mamat tu yang sempat tempat ambil masa berhenti di lampu isyarat persimpangan bertingkat di Sunway hari tu.


Nampak tak di tangannya ada hiasan untuk digantung dalam kereta. mmm... teman Google kejap dengan key word "peminta sedekah india", carian adalah image.

Ada satu blog entry berkenaan mamat nie. Klik kat sini kalau berminat untuk membacanya. Rupanya mamat nie telah beroperasi sejak November 2011 lagi. Cuma lokasinya jer yang berbeza. Penampilannya, tetap sama.

Tengok la gambar kat bawah nie... Kalau tak salah lokasinya adalah diatas jambatan Batu Tiga, Shah Alam.

Gambar dibawah adalah ehsan dari blogger ibnumaulub





Tengokla gelagatnya tu. Sebab itu la, teman fikir mamat nie bukan warga negara Malaysia, sebabnya orang Malaysia tak akan minta sedekah macam tu.


3 comments :

  1. Assalam..
    Dah macam kat Indok pulak, boleh jalan dari satu kereta ke satu kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ti la pasal... Terkezut jugak teman... maklum la, tak pernah tengok kat Malaysia orang mintak sedekah macam nie... biasa nampak kat pasar malam atau stesyen bas je...

      Delete
  2. betul tu..aku pun rasa camtu..hehehe..beza dia ngan indon adalah mereka tak mengemis..cuma mereka akan tolong melancarkan lalu lintas dan mengharapkan tips..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...