Sunday, January 15, 2017

Kuliah : Bala Allah tertahan kerana dakwah

Kuliah pagi ini mengupas persoalan mengenai persoalan 'Bala'.

Sabda Rasulullah S.A.W

يكون في آخر هذه الأمة خسف ومسخ وقذف، قالت: قلت: يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم إذا ظهر الخبث

Akan terjadi pada akhir umat ini ditelan bumi, dihapuskan begitu sahaja atau ditimpa gempa bumi.

Siti Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, adakah kita semua akan binasa walaupun terdapat orang soleh?"
Jawab baginda:
"Ya, apabila kerosakan telah zahir"
[Hadis Riwayat Tirmizi]

Bala dari Allah

 
Gambar ehsan Google.

Akan berlaku di akhir zaman bala daripada Allah yang menelan umat manusia. Bumi merekah dan manusia jatuh ke dalamnya. Ia juga boleh berlaku dengan penghapusan begitu sahaja, samada dibawa lari oleh banjir, atau datang ribut taufan, atau apa sahaja. Gempa bumi juga boleh berlaku.

Ini semua akibat daripada kerosakan yang terlalu banyak. Suara-suara orang yang mencegah kemungkaran itu pula tidak lagi kedengaran.

Kerana itu Nabi S.A.W bersabda:

"لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده"

Samada kamu menyuruh kepada kebaikan dan  mencegah kemungkaran, ataupun Allah akan utuskan kepada kamu azab daripadanya.
[Hadis Riwayat Tirmizi]

Di sinilah hikmahnya kita terus berjuang menegakkan kebenaran. Jangan peduli walau kalah sekalipun. Sekurang-kurangnya kita menahan bala Allah daripada menimpa semua.

Sekadar perkongsian.
#kuliah

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...