Tuesday, August 30, 2016

Ular serang kereta... Betul ke?

Seorang juru jual melaporkan kereta rosak akibat serangan ular. Akibat dari serangan itu, bonet kereta tersebut kemik dan laporan telah di buat di Balai Polis Ulu Yam. Kejadian ini dilaporkan berlaku di jalan besar Sungai Tua, Ulu Yam. Untuk laporan penuh, kome boleh klik disini untuk membacanya.

Ular serang kereta 

Teman sendiri pun rasa pelik, boleh ke ular rosakkan kereta? Kalau spesis anaconda gergasi tu lain cerita la. Tapi bila dah baca berita penuh tu, barulah teman faham. Nampak sangat pengadu tu tak tahu bertutur bahasa Malaysia atau Inggeris. Tertanya-tanya pulak, dia tu warga Malaysia ke? Umur pengadu 48 tahun, tak kan tahu sepatah pun perkataan bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris lagi la ke laut? Macam mana boleh jadi juru jual yek...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Tak apa la, biarkan dia dengan cara dia.๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

1 comment :

  1. Macam-macam kisah sekarang ni. Semoga Allah pelihara kita dari musibah juga. Amin.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...