Friday, February 27, 2015

Homestay review : Homestay AST, Langkap, Perak

Homestay di Langkap, Perak. Nie first time teman buat review untuk homestay dan first time juga untuk booking dan stay di homestay. Actually, nie adalah bersempena perkahwinan sepupu teman di Degong hari Sabtu lepas. Nak stay kat rumah makcik, macam terlampau la sesak dengan anak beranak dan saudara mara. So, teman decide la untuk mencari homestay kat area berdekatan.

Menerusi carian Google, teman dapat Homestay AST nie. Lokasinya pun bagus, betul-betul di pekan Langkap dan tak jauh pulak dengan kampung Degong. So, teman terus negotiate harga dan dapat lah best ratenya untuk semalaman.


Gambar ehsan portal Cari-Homestay.

Rumah yang di jadikan homestay ini mempunyai 5 bilik. Bilik utama master bed room, di lengkapi dengan air cond, katil bersaiz king, bilik mandi di lengkapi dengan water heater dan almari kecil untuk menyangkut baju. Bilik ke dua pula di lengkapi dengan katil bersaiz queen, kipas dan almari kecil.


Homestay AST - Master bed room

Homestay AST - Second room

Homestay AST - Third and Fourth room

Bilik ke tiga dan ke empat pula dilengkapi dengan katil double decker berserta air cond. Bilik ini mampu memuatkan 3 orang dewasa.

Bilik ke lima di jadikan stor.


Gambar ehsan portal Cari-Homestay.

Hostay ini di lengkapi dengan TV LCD. Tak macam di setengah hotel tu, masih lagi mengunakan TV kotak yang besar tu. Ruang tamu turut di lengkapi dengan sofa, tea table dan air cond. Kipas pun ada juga. Sesuai untuk berehat bersama keluarga sambil menonton TV.

Di ruang dapur pula, ada disediakan peti sejuk dan meja makan. Di bahagian belakang ada di sediakan mesin basuh dan kawasan untuk jemuran pakaian bertutup. Homestay ini juga mempunyai ruang parking yang luas. Anggaran teman, ruang parking tersebut boleh memuatkan 2 buah kereta Avanza yang di parking bersebelahan.

Secara keseluruhannya, homestay ini selesa dan kebersihannya dijaga rapi. Untuk tempahan, boleh la kome hubungi nombor di bawah;

Tuan punya homestay : Ahmad Sabli Tabrani
No handphone            : 019 552 4923

Alamat homestay nie ;

No. 258, Jalan Pelangi 6F
Taman Pelangi Fasa 10
Langkap, Perak

Untuk lebih tepat lagi, koordinate GPSNya teman kongsikan di bawah ;

4.078559, 101.145582


Teman cadangkan kome guna SMS atau Whatsapp untuk hubungi tuan homestay. Sepanjang urusan tempahan, teman pun hanya berkomunikasi menerusi applikasi Whatsapp. Respond Whatsapp nya agak lambat disebabkan tugasan beliau yang tidak membenarkan handphone dibawa ketika bertugas.

Sama macam segment hotel review, teman nak bagi star untuk homestay nie. Ok, nie rating teman untuk homestay nie dari skala 5 bintang.



Tahap Kebersihan                          
Kemudahan / kelengkapan             
Urusan pendaftaran dan check in   
Keseluruhan rating                        

2 comments :

  1. InsyaAllah...jika ke area berdekatan boleh la menginap di sana...lagipun homestay lagi selesa jika dibandingkan dengan hotel...cuma xde pool je....ada pool pun bukan pandai berenang pun...ahakss...hehehhe

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...