Thursday, January 29, 2015

Petua : Untuk mengurangkan kolesterol dan lemak dalam badan

Kome ada masalah kolesterol tak? Hari tu, saja la teman buat full body medical check up. Result, semuanya OK, kecuali kolesterol. Tak banyak pun, sket jer. Tapi dah trigger flag merah untuk precaution. Mengikut nasihat dietitian, selepas nie teman perlu jaga makan dan perlu bersenam sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Tak perlu makan ubat. mmm... Ok la... teman jaga permakanan.


Gambar ehsan Google.

Macam mana nak kurangkan kolesterol. Ok, nie tips atau petua yang dietitian bagi.

1. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng, coklat, kek dan biskut
2. Lebihkan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) yang rendah lemak.
4. Masukkan pegambilan makanan berasaskan oat.
5. Hadkan pengambilan daging merah.
6. Pilih makanan kekacang, ayam, ikan atau kacang soya.
7. Hadkan pengambilan makanan laut seperti kerang, ketam dan udang
8. Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan
9. Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)
10. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.

Nie la tips yang dapat teman kongsikan. Selepas nie, sekurang-kurangnya 4 bulan sekali teman plan nak buat full medical check up. Bak kat orang, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau kome ada tips lain, kongsi-kongsi lah ye.

2 comments :

  1. satu lagik petua, minumlah susu Omega..khas utk kurangkan kolestrol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen nie... teman pun tengah amalkan minum susu omega tu... :d

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...