Tuesday, March 11, 2014

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Tempat menarik di Pahang. Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang merupakan sebuah bangunan atau pun sebuah bandar kecil yang diadaptasikan dari sebuah bandar di Perancis. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bandar Colmar di France. Colmar Tropicale ini di bangunkan oleh Berjaya Group. Ini pun kunjungan pertama teman kesini. Teman singgah kesini pun semasa on the way balik dari urusan pertunangan sepupu teman di   Pantai Sepat, Kuantan.

Semasa menyusur keluar dari lebuhraya Karak, jalan ke Bukit Tinggi agak sunyi juga. Amat jarang sekali berselisih dengan kenderaan lain. Kami tiba di Bukit Tinggi dalam pukul 2.30 petang dan bermulalah kunjungan teman bersama keluarga disini.

Untuk berkunjung kesini, bayaran masuk dikenakan di pintu masuk utama sebanyak MYR12.00 untuk dewasa dan MYR8.00 untuk kanak-kanak. Bayaran masuk ini adalah untuk Colmar Tropicale itu sendiri, Japanese Garden dan juga Botanical Garden. Bagaimana pun jika menginap di Colmar Tropicale atau di Le-Chevalier, bayaran masuk ini boleh di tuntut semula sewaktu mendaftar keluar.

Apa yang menarik di Bukit Tinggi nie? Sebenarnya, tak ada apa-apa pun selain menikmati panorama kehijauan, bangunan bercirikan seni bina Eropah berserta landskap yang menarik.


Bangunan berbentuk istana lama ini dikenali sebagai Le-Chevalier merupakan sebuah hotel mewah. Jika kome ada duit lebih, bolehlah menginap disini. Nak tau ratenya, sila klik disini. Cantikkan! 

Tapi itulah, bangunannya cantik tapi bendera Malaysia yang koyak rayak mereka terlepas pandang. Kebetulan pulak, waktu itu negara kita baru saja menyambut kemerdekaan yang ke 56. Klik disini untuk membacanya.




Untuk pengetahuan, pengunjung yang tidak menginap di Colmar Tropicale tidak dibenarkan membawa kereta ke dalam. Ruang parking khas, telah disediakan dihadapan dan pengunjung ada pilihan samada berjalan kaki ke dalam atau mengunakan perkhidmatan buggy.





Selepas menempuh Le-Chevalier, barulah sampai ke Colmar Tropicale nie.




Sebenarnya jalan masuk ke pintu kota kecil ini ialah sebuah jambatan. Dibawahnya terdapat kolam kecil menempatkan beberapa ekor angsa jenis swan berenang-renang bermain air. Nampak jinak je kan...





Berhampiran dengan pintu masuk utama, ada jam nie, Tour De L'Horloge Clock Tower. Ramai pengunjung dok possing amik gambar kat sini, so kena tunggu turn la...



Di kiri dan kanan pintu masuk berhampiran dengan jambatan tu ada replika kuda. Melihat pada susuk tubuh kuda tu, teman agak nie replika kuda lumba kot...






Bertentangan dengan Tour De L'Horloge Clock Tower tu ada Berjaya Hill Bukit Tinggi site map. Boleh plan nak start lawatan kat mana dulu. Rabit Park terletak diluar Berjaya Hill nie... So, boleh lah plan masa hendak balik... Kalau menginap di Colmar nie, masa masuk di pintu utama tak perlu bayar entry charge tu. Cukup sekadar menunjukkan bukti yang kome menginap disitu.



Sebenarnya, teman mulakan lawatan di Japanese Village dulu kemudian baru menjelajah Tropicale nie. Kenapa ye... haaa sebabnya, Japanese Village tu di bahagian atas sedikit. So, drive lah ke sana... Parking tak ada masalah sangat... Boleh parking di bawah atau drive atas, tetapi parking terhad... Nak baca entry berkenaan Japanese Village, klik kat sini ye...

Ok, sambung balik pasal Colmar Tropicale nie...



Kalau suka naik basikal boleh lah sewa basikal nie... boleh berkayuh berdua pusing-pusing Bukit Tinggi nie. Teman check pulak kadar sewanya. Next time kalau ke sini lagi teman kongsikan.

OK, teman kongsikan gambar-gambar di Colmar Tropicale nie. Satu-satunya fountains yang terdapat disini. Boleh juga duduk berehat di tepi fountains ini.




Ini pula adalah Wishing Wele. Mereka yang berhajat boleh menyampaikan niat dan hajat mereka di perigi nie. Nie perkara khurafat kan, boleh pulak berhajat dan berdoa di perigi... Bila dah berniat tu, kena masukkan duit siling kat dalam tu.




Disini juga ada pertunjukkan tarian kebudayaan antarabangsa yang dipersembahkan pada waktu-waktu tertentu. Kalau berminat boleh tonton tengok macam mana mereka menari. Penari-penari nie didatangkan khas dari luar. Jom layan tengok macam mana mereka nie menari.


video

Jom kita jelajah Colmar nie. Apa lagi yang ada disini yer...


video

Gambar nie di ambil dari tower. Kome boleh tengok seluruh Colmar dari atas nie.


Dari atas tower, kome boleh tengok Colmar hotel :)




Sebelum balik, ambil gambar lagi.




Masa nak balik nie, kereta dah tak banyak masuk ke dalam. Lagi pun, waktu lawatan dah hampir tamat. So, teman drive masuk ke dalam untuk ambil family yang menunggu di bas stop tu.

Maaf la, gambar yang last nie tak susah pulak nak di rotatekan :d

Tamatlah sudah lawatan ke Colmar Bukit Tinggi nie. Cuma first time visit nie, teman tak sempat nak bawa Aisar main dengan rabbit di Rabbit Park and Horse Trail tuh... Insyaallah di lain waktu yer...

5 comments:

  1. selalu je lalu nak balik kg..tapi x pernah berkunjung menginap kat sana...InsyaAllah..satu hari nanti berpeluang..boleh la datang....

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat ini. Dah macam bukan di malaysia pula nampak. Nak kena pergi juga ni.

    ReplyDelete
  3. macam menarik jer tempat ini...saya pun tak pernah lagi pergi bukit tinggi ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Le-Chevalier hotel tak bleh bawa masuk budak2...hanya tempat bercanda orang dewasa sahaja :-)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...