Pernah tak dengar 101haircare? Kalau kome
ada masalah rambut gugur yang kronik, boleh la berkunjung kesini untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Disini, mereka mengunakan kaedah
rawatan herba. Kebiasaannya diperingkat awal, perunding 101haircare akan
membuat pemeriksaan kesihatan kulit kepala dan memberi nasihat dan
langkah-langkah pencegahan sebelum keadaan bertambah lebih buruk lagi.
Maksudnya, kome akan kehilangan lebih banyak rambut lagi dan berkemungkinan
besar akan botak. 10 helai rambut gugur sehari adalah normal. Tetapi jika
jumlah rambut gugur lebih dari itu, lebih baik lah kome mendapatkan rawatan
sebelum menjadi botak. Baik lelaki atau perempuan, rambut adalah mahkota dan
perlulah dijaga sebaik mungkin.
Kome boleh mendapatkan voucher 101haircare yang bernilai RM30 sahaja. Macam mana dapatkan voucher nie? Dengan voucher percuma ini, kome dapat membuat pemeriksaan kulit kepala dan akar rambut dengan percuma. Consultant Hair Care akan memberi penerangan terperinci dan cadangan hasil dari keputusan pemeriksaan kulit kepala. Rawatan selanjutnya akan dikenakan bayaran. Terpulang kepada kome samada untuk meneruskan rawatan atau pun berhenti setakat itu sahaja. Mungkin ini adalah salah satu strategi pemasaran mereka. Tapi, apa pun ianya satu langkah yang bagus.
Gambar ehsan portal MyHealth.
Hasil pemeriksaan kulit kepala kome mungkin terdapat satu jenis makhluk halus yang dikenali sebagai "Demodex". Rupanya macam gambar dibawah nie. Consultant 101haircare akan mengambil sampel dari kulit kepala dan memeriksanya dibawah mikroskop untuk mengesan kehadiran "Demodex" tu.
Gambar ehsan Wikipedia.
Makhluk ini akan mendiami dibawah lapisan kulit kepala kome. Ia akan mengakibatkan kulit kepala gatal-gatal. Makhluk ini akan bertelur di liang-liang rambut rambut tu. Nak tahu pasal "demodex" nie, klik disini untuk membacanya dengan lebih lanjut lagi.
Melalui pemeriksaan kulit kepala juga, kome dapat mengenal pasti jenis kulit kepala kome sama ada ianya normal atau kulit berminyak. Kulit kepala yang berminyak akan mengakibatkan liang-liang rambut tersumbat dan menyebabkan anak-anak rambut tidak dapat tubuh dengan subur. Lebih teruk lagi liang-liang rambut yang tersumbat ini akan menghalang terus anak-anak rambut untuk tubuh dan mengakibatkan kebotakan. Kome boleh melihat sendiri keadaan kulit kepala kome tu, melalui kamera mikro yang disambungkan kepada monitor. Teman tak boleh nak kongsikan gambar tu sebab confidential dan mereka tidak memberi salinan gambar tersebut kepada pelanggan mereka. Hehehe... nasib baik teman tak ada masalah macam nie.
Sample gambar pemeriksaan kulit kepala macam gambar dibawah nie. Kalau kulit kepala kome tu sihat, ianya akan kelihatan bersih tanpa tempelan minyak.
Gambar ehsan Google.
Sample gambar pemeriksaan kulit kepala macam gambar dibawah nie. Kalau kulit kepala kome tu sihat, ianya akan kelihatan bersih tanpa tempelan minyak.
Gambar ehsan Google.
Kos keseluruhan rawatannya agak mahal juga. Tetapi jika tidak membuat rawatan awal, kome berisiko besar kehilangan rambut kome tu. Bayaran ansuran 0% turut disediakan bagi penguna kad kredit. Jadi kome bolehlah membuat bayaran ansuran dengan mudah. Apa pun pastikan kome tiada masalah untuk membuat bayaran ansuran tu. Kalau tak, nanti hutang kome bertambah pulak.
Tiada keraguan lagi. 101haircare memang telah memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Mereka mempamerkan sijil halal di ruang pendaftaran sebagai rujukan kepada pelanggan beragama Islam. Lagi pun bahan yang digunakan adalah berunsurkan herba dan tidak mengandungi bahan dari unsur haiwan.
Consultant 101haircare terdiri dari lelaki dan perempuan. Jadi kome boleh pilih consultant yang bersesuaian. Berdasarkan pengamatan teman, rawatan rambut di 101haircare nie berkesan. Mampu mengatasi masalah keguguran rambut dan berkesan dalam mengatasi masalah kebotakkan.
Setelah beberapa kali menjalani rawatan, anak-anak rambut akan mula kelihatan tumbuh. Setiap liang rambut akan mempunyai sehingga 3 helai rambut untuk setiap liang rambut. Mengikut nasihat consultant 101haircare kita tidak digalakkan untuk mencabut rambut, uban atau sebagainya. Ini disebabkan kemungkinan yang amat besar rambut tersebut putus di pangkal liang rambut dan berpotensi untuk menghalang kemunculan anak-anak rambut yang baru.
So, kalau ada masalah macam nie. Jangan lah tunggu lama-lama. Nanti terlewat sapa yang susah. Betul tak.
So, kalau ada masalah macam nie. Jangan lah tunggu lama-lama. Nanti terlewat sapa yang susah. Betul tak.
hehhehhe.....xberani nak masuk.....cara tradisional ada x? hehhehhe
ReplyDeletetak sempat nak tunggu lama2 lagi kat situ...glup!
ReplyDeleteish bab rambut gugur ni scary...lieya penah kene mase mengandung...perubahan hormon kot...seb baik bertudung kalo tak mesti malu rambut asek2 gugur jek...mujur lepas tu okey dah....mengurai gitu ala2 guna jari pun boleh kakaakakakakak
ReplyDelete