Thursday, June 13, 2013

Petua : Rahsia kulit tegang

Kulit berkedut selalunya menjadi kerisauan kebanyakkan orang, terutamanya bagi wanita yang berada di pertengahan usia. Pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah. Usah risau. Kali ini teman akan kongsikan satu petua, jika diamalkan kome boleh melewatkan penuaan dengan petua ini.



Kome hanya perlukan bahan-bahan yang disenaraikan dibawah ini;

  • Sebatang lobak merah (di parut)
  • Satu sudu tepung jagung
  • Sebiji kuning telur



Gambar ehsan : Google

Caranya mudah sahaja. Lobak merah itu hendaklah diparut halus. Kalau hendak dikisar, pastikan tidak dicampur air. Campurkan ke semua bahan diatas. Gaulkan sehingga sebati dan kemudian, sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Selamat mencuba!

1 comment :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...