Sekadar perkongsian. Cuba fahami maksud hadis ini.
Rezeki Luas dan Meninggalkan Nama Yang Baik Selepas Kematian
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim". (HR Bukhari No: 1925)
Gambar ehsan Google.
Pengajaran:
1. Setiap kita sentiasa mengharap sesuatu yang baik sama ada semasa hidup mahupun selepas mati.
2. Siapa yang ingin diluaskan rezekinya semasa hidup serta meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim.
Ayuh hubungkan silaturahim. Moga rezeki kita murah dan kematian kita meninggalkan kebaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Kena jaga ikatan saudara2 kita..bru kmah..
ReplyDelete