Dulu teman buat entry cerita berkenaan plat
kereta nie untuk mengelak saman AES. Klik disini kalau kome nak membacanya.
Hari nie, teman nak buat entry berkenaan plat kereta juga. Tapi idak lah
secanggih plat kereta dalam entry cara mengelak saman AES tuu.
Kali nie, plat kereta yang teman nak
kongsikan disini adalah plat kereta statik. Tak ada apa yang canggih pun. Cuma
setakat aksesori kereta yang biasa jer. Pada pendapat teman, pemasangan nombor
plat macam nie mengundang saman pihak JPJ saje. Apa ke tidaknya, cuba kome
tengok.
Macam mana agaknya nak baca nombor plat kereta nie dari hadapan. Teman
tengok sendiri pun tak berapa jelas. Terlampau condong sangat. Kalau menirap
kat depan tu boleh la bacanya.
Teman ada la juga tengok kereta lain di
pasang dengan nombor plat macam nie. Tapi idak la condong sangat, sampai nak
tengok nombor platnya pun susah.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...