Saturday, March 2, 2013

Al-Fatiha buat perwira negara

Al-Fatiha buat perwira negara kita yang terkorban di Lahad Datu semasa bertugas mempertahankan kedaulatan negara kita dan takziah buat keluarga mereka. Harap mereka bersabar dalam menghadapi segala dugaan ini.


Berikut adalah petikan dari laman FB milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini (1 Mac). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Gambar ehsan dari http://sabahluv.com

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 9:30 pagi esok (2 Mac). Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.



Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.


Psst... Perwira kita berkorban nyawa mempertahankan kedaulatan negara kita... Apa sumbangan kita kepada negara kita...? Blogger... ada yang memfitnah... ada yang sekadar berkongsi... renung-renungkan...

Teman tak nak jadi blogger yang menyebar fitnah.

3 comments :

  1. al fatihah

    moga mereka tenang di sana..sedih

    ReplyDelete
  2. ya Allah....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

    al Fatihah... :'(

    ReplyDelete
  3. al -fatiha buat mereka yang terkorban di lahad datu sabah.semoga roh mereka di tempetkan bersama sama orang- orang yang soleh.kepada ahli kelurga banyakan bersabar.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...