Monday, March 25, 2013

Tapir di jalan Batu Arang

Sejak berpindah di Saujana Utama Sungai Buluh selalu jugak la teman mengunakan laluan jalan Batu Arang nie. Tahun nie baru teman perasan adanya sign board nie. Memang teman tahu, kawasan Bukit Cerakah nie kawasan hutan simpanan. Tapi tak pernah pulak teman terserempak dengan haiwan-haiwan liar nie. Setakat monyet dok beratur tepi jalan untuk melintas tu adalah. Tapi haiwan besar macam tapir nie, tak pernah jumpa la pulak. Setakat tengok kat Zoo Negara jer...





Saja nak tahu lebih lanjut... Teman pun try la tanya dengan Pak cik Google nie... memang betul ada tapir la... Dalam bulan February lepas (26 Feb - mengikut laporan Utusan Malaysia)... Klik disini untuk membacanya lebih lanjut.

Kesiankan tapir tu mati di langgar. Mungkin orang yang melanggarnya tak sengaja. Nie gambar yang teman ambik dari blog ezli.







Kesian kan tapir nie... Dimaklumkan tapir nie jantan. Teman pasti adanya tapir betina dikawasan ini... Mungkin juga adanya kumpulan kecil tapir nie di Hutan Simpan Bukit Cerakah. Teman lihat kebelakangan nie, banyak pembangunan di sepanjang jalan Batu Arang nie. Mungkin juga hutan simpanan Bukit Cerakah ini telah di ceroboh, menyebabkan haiwan liar ini terpaksa berhijrah dari kawasan mereka untuk mencari kawasan baru.

3 comments :

  1. siannya kat tapir tu.hmmm...tak pernah lak jumpa live depan mata selain kat zoo

    ReplyDelete
  2. sian tapir tu temui ajal di situ..
    haiwan ni la harus dilindung..utk generasi akan dtg.. tapir susah dijumpai, n manyak yg telah pupus, nnt anak kite nak tgk tapir, mcmner? heeee~

    ReplyDelete
  3. kesianya tapir tu..sapa laa yang langgar..sikit punya besar pun tak perasan ker??isk..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...