Monday, May 14, 2012

500 tahun terkubur di pergunungan

Cuba bayangkan tubuh badan anda ditemui 500 tahun akan datang... macam mana laa rupanya yer...

Ini laa yang ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi di sebuah pergunungang Peru pada tahun 1999. Ekspedisi ini dibiayai oleh National Geographic Society dan di ketuai oleh anthropologist Johan Reinhard dan archaelogist Argentina, Constanza Ceruti. Mereka telah menemui tiga mayat (mumi) kanak-kanak dari zaman Empayar Inca yang sempurna tubuh badannya yang telah dikorbankan 500 tahun dahulu.



Penemuan ini telah dibuat di sebuah kawasan pergunungan, gunung berapi Llullaillaco. Llullaillaco merupakan gunung berapa tertinggi didunia dan masih lagi aktif. Ketinggiannya mencecah 22,100 kaki atau 6,700 meter. Ketinggiannya menyebabkan puncak gunung ini di liputi salji bila musimnya. Penemuan nie merupakan tapak arkeologi tertinggi didunia yang pernah dibuat.




Mengikut kajian dari penulisan sami-sami Sepanyol, kanak-kanak ini adalah mangsa yang di korbankan dalam capacocha, iaitu suatu istiadat keagamaan yang disambut semasa Empayar Inca.

Mummy ini terdiri dari seorang mummy perempuan berumur 15 tahun yang lebih dikenali dengan panggilan "La doncella" atau "The Maiden", seorang mummy kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun yang dikenali sebagai "La nina del ravo" atau "The Lightning Girl" dan seorang mummy kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun. Nama samaran atau nick name ini adalah simbolik atas fakta bahawa mummy ini telah berada selama 500 tahun di kemuncak pergunungan tersebut. Sebahagian dari mummy ini ada yang telah terbakar sebahagian akibat panahan petir dan turut ditemui ialah artifak upacara pemujaan bersama mummy tersebut.

Ketiga mummy ini di pamerkan di Museo de Arqueologia de Alta Montana di Salta, Argentina secara bergilir, supaya mummy ini tidak terlalu terdedah kepada perubahan persekitaran. Kebiasaannya mummy ini akan digilirkan setiap 6 bulan.



"La doncella" atau "The Maiden" - Mummy remaja perempuan

Ketika ditemui, mummy remaja perempuan ini memakai mahkota kebesaran yang mana memungkinkan dia adalah aclla atau Sun Virgin.




Itu bermaksud, remaja ini adalah gadis yang terpilih dan disucikan sebagai gadis kecil yang tinggal bersama gadis-gadis lain dan wanita yang akan menjadi permaisuri, sami dan untuk di korbankan. Ketika di temui, remaja perempuan ini memakai baju berwarna perang atau coklat bersama beberapa patung.




Rambutnya disiratkan dengan teliti dan dia mempunyai beberapa rambut putih (uban), mungkin menunjukkan tekanan emosi. Remaja ini dan kanak-kanak yang lain dipercayai sejenis dadah iaitu Chicha, a maize beer (jus Jagung) bersama daun Coca sebelum di tinggalkan di kemuncak gunung itu.


Daun Coca


Gambar : Ehsan dari Wikipedia


Mummy budak lelaki

Pakaian mummy budak lelaki ini terdapat kesan muntah bercampur darah, yang memungkinkan kanak-kanak ini menderita akibat edema pulmonari (pulmonary edema). Adalah dipercayai, kanak-kanak ini mati akibat kelemasan. Kanak-kanak ini, satu-satunya mummy yang terikat dengan sehelai kain dengan cukup ketat sehingga menyebabkan keretakkan tulang rusuknya dan terkehel tulang pinggulnya.


"Lightning Girl", mummy remaja perempuan.

Tubuh kanak-kanak telah dipanah petir pada masa yang sama selepas kematiannya. Mungkin juga kematiannya adalah disebabkan panahan petir. Dia memakai suatu hiasan di kepalanya dan satu plat logam di atas dahinya.



Dia telah dikebumikan bersama dengan balang-balang yang telah dibuat di sekitar Tasik Titicaca dan Cuzco. Kanak-kanak ini satu-satunya antara mereka bertiga dimana mukanya telah dipusingkan keatas.



1 comment :

  1. Salam Izni! seram pun ade..siap gambar lagik, tak mo tgk lame2...tapi nak tgk juga...tu la, sejarah 500 tahun yg lampau... pelik kan kepercayaan org dulu2... hurm..agak2 ade tak lagi amalan karut ini zaman skrg...??

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...