JOM BERSAMA... sertai
larian rakyat bersama Team Malaysia di Team Malaysia Fan Run sebagai tanda
sokongan padu anda kepada Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di London
dalam bulan Julai ini.
30
atlit negara akan bertanding menentang atlit-atlit dari 200 negara
lain untuk memenangi medal Emas di acara sukan termasyhur dunia. Larian
ini adalah yang pertama pernah dianjurkan oleh Team Malaysia untuk para atlit
negara kita.
Butiran
acara adalah seperti berikut:
Tarikh
: 17 Jun 2012 (Ahad)
Tempat :
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa
: Seawal jam 7.00 pagi
Yuran
Pendaftaran : RM40.00
Kategori
: Larian 3km dan 7km
Untuk
setiap pendaftaran, anda akan mendapat jersi Team Malaysia PERCUMA, medal
eksklusif, sijil penyertaan, 'goodie bag' menarik dan peluang
memenangi hadiah Cabutan Bertuah.
Bawalah
keluarga dan rakan-rakan anda untuk lari bersama para atlit Kebangsaan kita dan
memeriahkan suasana di acara ini. Team Malaysia juga akan mengadakan karnival
di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Pelbagai permainan, aktiviti dan
pertunjukan menunggu anda!
Terdapat
2 cara untuk mendaftar:
1) Daftar
secara ‘online’ di www.tm.com.my/teammalaysia
dan klik butang Fan Run. Tarikh tutup pendaftaran ‘online’ selewat-lewatnya
pada 4 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
2) Daftar
di 2 lokasi di bawah, selewat-lewatnya
pada 8 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
- Federal
Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan
Hang Jebat, Kuala Lumpur
- Twentyfirst
Century Sports, No 51, Jalan SS 18/6, Subang Jaya, Selangor
‘Race
Kit’ boleh diambil pada:
Tarikh
: 9 & 10 Jun 2012
Tempat
: Tingkat 2, Dewan Serbaguna, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Masa
: 10.00 pagi – 6.00 petang
Untuk
maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia
atau emel kami di teammalaysia@tm.com.my.
Kontinjen
Malaysia mengharapkan sokongan anda!
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...