Sunday, April 1, 2012

Nyonya Color

Tempat makan best di Klang. Mee Kari terbaik di area Klang. Nyonya Color yang teman kunjungi ini terletak di dalam pasar raya JUSCO, Bukit Raja, Klang. Viewnya macam gambar dibawah nie je.

Nyonya Color



Kat Nyonya Color ni, banyak juga menu makanan yang di hidangkan. Ianya berkonsepkan Melayu dan Cina. Ada meehon goreng, nasi lemak, asam laksa, manisan bubur, kuih muih, cucur udang/bawang, menu makanan cina dan sebagainya. Tapi specialty kat sini ialah mee kari. 



Nyonya Color - Mee Kari


Nyonya Color - Mee Kari

Untuk hidangan petang nie, teman memilih Mee Kari sebagai menu utama dan Cendol serta air suam sebagai pemanis mulut dan minuman. Harganya berpatutan dan tidak lah mahal sangat.



Nyonya Color - Cendol

Nyonya Color - Cendol


Cendolnya agak manis sedikit dan terasa gula merah serta santannya. Memang sedap dan menyegarkan tekak. Rasa kacang merahnya juga memang menyelerakan.

Singgah la kat sini bila anda berkunjung ke Jusco Bukit Raja.

1 comment :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...