Sunday, April 9, 2017

Kuliah : Jangan bersedekah sehingga menjatuhkan maruah orang

Bersedekah jangan sampai jatuhkan maruah orang.. Sebuah cerita yang sangat menyentuh dan inspiring !!

Sedekah 

Gambar ehsan Google.

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' Mahu cari apa pakcik?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi....'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' Tapi kenapa pakcik?''

Lelaki tua: '' Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin.''

Pemilik kedai: '' Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya dan terus pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.

Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.

Saturday, April 8, 2017

Kuliah : Lapan jenis rezeki dari Allah

Sekadar perkongsian ilmu. Yakin lah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah. Untuk apa kita menangis kalau tidak ada rezeki kita di situ. Come on laa... Allah tidak bagi apa yang kita nak, tapi Allah beri apa kita perlu...

Rezeki dari Allah 
Gambar ehsan Google.

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin...

Thursday, April 6, 2017

Petua : Untuk melebat dan menghitamkan bulu kening

Tips untuk menghitam dan melebatkan bulu kening. Apa saja yang terdapat di wajah adalah penting kepada penampilan seseorang itu. Ini termasuklah bulu kening. Bulu kening yang lebat kehitaman dan tersusun rapi menjadi penyeri wajah seseorang itu. Pernah tengok ada orang yang membuang bulu kening mereka. Nampak pelik kan...😆😆😆🤗😋

Bulu kening yang hitam dan lebat 
Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry hari nie... teman akan kongsikan satu petua untuk melebat dan menghitamkan bulu kening. Petua hanya boleh diamalkan dari masa kecil lagi... untuk baby yang sehingga umur setahun saja. Untuk mereka yang sudah dewasa tu, boleh lah mencuba petua yang teman telah kongsikan dalam entry yang lepas. Klik disini untuk membacanya ye...

Ok, membuat nie, kome hanya perlu mendapatkan daun sirih. Ambil sehelai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya. Kemudian, sapukan bahagian yang bergetah itu pada bahagian kening. Lakukan setiap hari. Perlu di ingatkan sekali lagi, petua nie hanya untuk baby di bawah usia setahun. Kalau dah besar tu, susah la sket ye...

Ok, selamat mencuba petua nie ya... 🤗😎😋👌